Tuesday, July 17, 2012

sudah lama tak update blog ni..tiba2 rasa nak update sikit. May be nak bercerita pasal ramadhan yg bakal menjelang tiba tak lama lagi. Hmm...harapan semoga dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan lebih baik lagi...lebih istiqamah. Rasanay tahun ini merupakan tahun yg penuh dengan cabaran. Anak2 mama akan menduduki peperiksaan yg besar. seorang PMR dan seorang SPM. Memang nak sangat tengok mereka berjaya. Tapi...tak tahu nak cakap sebab anak2ku belajarnya tak tekun. belajar main2 je. Anak yg sulung masih study di jmti. keputusan peperiksaan semesternya pon tidaklah baik sangat.ermmmm...apa boleh buat..kalau belajar tak bersungguh. itulah jawapannya...

anak bongsu..alhamdulillah bertambah matang sekarang. Umur pon dah tiga tahun lebih. dah pandai masuk internet kat h/p ayahnya. dia suka tengok cerita boboiboy, upin/ipin & ultraman. ok lah cukup di sini dulu...nak rehat jap..zzzzzzzzzzz

Friday, February 17, 2012

goyang kaki...



mak..aaiiihhh lama betul x update blog ni..memang malas gilerrlah dgn blog skg ni..lebih baik masa yg ada tu..goyang2 kaki kasi itu kepala ringan skit..haha. kalau nak berblog2 ni..kena jugak perah otak ni nak cari idea yg menarik skit..hadoi. I punya anak kecik dah 3 tahun skg ni. already sambut itu very the simple birthday party on 9/2/2012. haha..sempoi & jimat sampai kek pun buat sendiri walaupon maknya bukan pandai wat kek pun. saja buat deko2 huduh..kasi dia potong & sing a birthday song. Memang every budak2/kanak2 suka sgt dgn lagu tu. Apa2 pon memang every single parent akan mendoakan yg terbaik utk semua anak2nya. Sekarang memang dorang nakal..semoga dah dewasa nanti..hilanglah nakalnya tu..huhu.

This morning I pakai sepasang baju kurung moden yg agak cantik lah (perasan). So..bila sampai opis semuanya puji cantik. Tapi..saya memang pelik skit..bila orang puji cantik..terus rasa malu..& lunch time I balik rumah and tukar baju kurung biasa je..ha baru puas hati. pergerakan pon lancar je..klu pakai baju or dress yg cantik skit..rasa mcm ada je org pandang kat kita...akhirnya jalan pon x betul..kahkahkah..

Friday, December 2, 2011

Hujung Tahun dahhh...

alamak dah disember...cepatnya masa berlalu..dah penghujung tahun 2011. Jadi tak lama lagi..sambutan krismas, tahun baru 2012 and kong hi fatt choy. Hal2 itu mesti ingat sebab ianya kan menyebabkan cuti umum. jadi di awal tahun memang banyak cuti. Maka umur pun semakin bertambah. Anak2 yg kecil dah semakin besar..anak2 yg besar dah remaja sakan. Mak ayah semakin berkedutlah nampaknya. Dah masuk geng makcik2 nampaknya. Memang tak dapat nak elak dah. Pakai mekap mcmana pun tetap dah kurang menawan melainkan org yg awet muda lah kan! Mama masih bekerja mcm biasa. Dari belum kawin sampai anak2 dah besar masih kerja. Kalau tak kerja memang kesian kat suami kan. Keperluan anak2 dan rumahtangga memang besar. Lagi sekarang harga barang memang tinggi. Tapi nasib baik kerajaan ada memberi sedikit imbuhan utk anak2 sekolah. Jadi dapatlah menokok nambah mana yg kurang tu. Harap2 duit itu dibelanja mengikut jalan yg betul. Sekarang ni memang tengah cuti sekolah. Memang merancang untuk bawa budak2 tu makan angin jap. Terlanjur nak ambil abangnya 15 hb. nanti...bolehlah bawa dorang sekali untuk jalan2. Bukan apa saja nak lepaskan tekanan sikit. Bila jalan2 tu dpt menambah pengalaman dan meluaskan pemandangan...ok..sampai sini dulu..bye

Monday, October 31, 2011

Afiq dialogues..

hari sabtu lepas mama belikan satu tong biskut love letters utk afiq...then I told him..Afiq ..ni mama belikan utk Afiq...then he answered me.."mama elikan tuk Afiq ye"..ya..sayang.. i said..then he answered back.."acih ma (means thank you mama)..it is so sweet...memang afiq selalu cakap 'acih ma..' bila mama buatkan sesuatu yg menyenangkan dia..dia suka..

cuma satu yg mama geram dia pandai sgt marah orang..then bila kita tak ikut ckp dia..dia pandai2 buat merajuk..buat bodoh je...tak layan..

pagi tadi mama bawa dia ke dewan utk belikan sarapan..biasanya dia akan masuk ke kedai utk beli mainan atau gula2. tp pagi tadi..dia tak nak keluar dari kereta pun..bila mama ajak keluar dia ckt "tak nak"...then he said "apik nak oti anai ". so mama belikan sekeping roti canai utk dia. pandai anak mak pagi ni..tak susah mama nak tunggu dia pilih mainan..syukur sgt.

ma..ayah eje ye..(ma..ayah kerja ye)
bia apik uwat..(biar afiq buat..)
apa enok2..umbok nak..(apa tengok2..tumbok nak..)
ma..apik nak aju mat..uwa mat..acut mat..(afiq nak pakai baju smart..seluar smart..kasut smart..)

tapi ada juga dia ckp tak pelat..contohnya..

ma..masak ye..
wey...bodoh..(mmg kena marah dia..)
nak ikut boy, ayah

itulah antara dialog2 afiq setiap hari..sebenarnya banyak lagi...
rasanya alhamdulillah..sebab afiq mmg boleh cakap dgn baik, faham apa yg kita cakap/suruh

Thursday, October 20, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Afiq.....special for u abang..

my special dinner last night..ikan kerapu stim tiga rasa..memang sedapp. Tak cukup..licin.
Ini permintaan dari ayah. akhirnya mama cuba masak dan berjaya...boleh buat lagi...di samping tu ada juga masak ayam paprik...sedap juga...


ini wajah budk nakal...


The latest photo of Afiq. Just taken last night. Haa...but Afiq really can't sit quietly while taking his photo. He likes to move around and busy making action that make me so headache. So..just be patient while taking this small boy photo. Keep trying to get his static motion. Then mama can snap his photo correctly but still not nice...haha..memang fail la bab2 ambik gambar ni.

Tuesday, October 11, 2011

TANDA2 KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP...

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara t...idak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.


1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.


5) Munculnya kekejian,

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

Bersambung dalam http://blogtokwan.blogspot.com/2011/10/tanda-tanda-kiamat-kecil-telah-lengkap.html semuga mendapat munafaat dari link tersebut.


Salam Ukhuwah..~

INFO..GAMBARAN KIAMAT

Gambaran Hari Kiamat (Wajib Baca!)

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkaka...la (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org

Wassalam~

telinga angah dah baik..

syukur alhamdulillah akhirnya telinga angah dah ok. Yes..of course we did refer it to the government hospital. They have better instrument/machine those can solve our problem of painful. Now we just made follow up check up to make sure the inside things is clearer no more bengkak2 those bring out the darah * nanah...syukur sangat2 kpd Allah yg telah mengizinkan segalanya berjalan lancar.

short story...


lama betul tak update blog ni...malas tahap gaban...may be takde idea2 atau cerita2 menarik yg nak dikongsikan bersama. sekadar cerita2 biasa kisah kehidupanku sekeluarga. semuanya just recycle story...hmm...but still ada hati nak update even a short story just to make sure that I am still here..haha. my little boy dah besar skrg ni. he is already 2 yrs 8 mths. cakap dah mcm org tua. and he does like to cakap2 and marah2 kpd sesiapa yg buat salah dgn dia. he always mengadu if something happen to him. abang2 and kakaknya suka kacau dia. akhirnya dia akan marah dan bising. bila dah bising ada pulak yg naik angin. akhirnya satu rumah akan kecoh. that is the big thing that I really don like it...thats why muka tension tiap2 hari.

Wednesday, September 21, 2011

angah sakit telinga...teruknyaa..

anak kedua saya mengadu sakit telinga sebelum raya. So..I tanya dia..sakit sgt ke?. he answered 'no'..sikit je. So..I buat bodoh je. Masa balik berhari raya di kampong tempohari..dia mengadu lagi...but maintain sakit sikit jer. then after raya..balik KL..he said..mama sakitlah telinga ni..tak boleh tahan dah..so I cepat2 kasi tahu ayah dia. then we made decision to go to E&T clinic located at Brickfieds. This clinic is specialist. Most of the doctor are Indian. But they are very good in treat the patient. So anak I yg takut2 cuak pun jadi relax bila dpt doktor mcm tu. Pertama kali buat treatment..the doktor pakar is not in. So the clinical doctor take place. She made some photoshoot di dalam telinga angah...and mmg byk kotoran yg dah menjadi batu di dlm telinganya itu. Malah kotoran tu dah melekat dgn kuat dan menyebabkan dinding telinganya bengkak...sebab itu dia mengadu sakit sangat. ha..jadi doktor tak boleh buat sebarang operasi utk mengeluarkan kerana ianya keras. kena dilembutkan dulu. kalau tak..telinganya akan berdarah. So selepas mendpt obat yg sepatutnya..kami pun pulang dgn rasa agak kecewa sbb masalah tak boleh setel lagi.

selepas 3 hari.. angah mengadu lagi tak boleh tahan sebab sakit sangat. So..saya bawa lagi ke klinik yg sama semoga ianya dpt dikeluarkan. Namun masih sama bengkak didlm telinganya itu menghalang kerja2 doktor malah kotoran itu masih keras lg. jadi doktor tambah obat lagi. obat utk melembutkan dan obat tahan sakit. itu saja obat2 yg diberi...and he asked to come again on next week to see specialist doctor E&T on tuesday. So..we came on the next tuesday to see the specialist doctor. He got scanned the ears and sgt tekejut sbb mmg teruk sgt. Bengkak itu agak besar dan kotoran itu masih keras. He just made small treatment to clean it up. But the big problem still inside. so rasa sakit masih sama. but this doctor gave the obat utk menguncupkan bengkak yg mesti dititiskan 2x sehari ke dlm telinga. after 4 hours baru masukkan obat utk melembutka pula...he also gave the antibiotic to avoid infection inside. Then he asked to come again on the next tuesday.

So..yesterday after waiting a bit longer..the doctor finally came and asked angah to check in on the spot.He got scanned the ears but so suspen when he said that telinga belah kanan can't do anything because the bengkak tu mcm tumbuh daging. So he cannot tarik the thing yg tersembunyi di sebalik daging tst. But syukur alhamdulillah sebab telinga kiri dah ok. Dia dah tarik keluar segala harta karun yg tersembunyi selama 16 tahun itu keluar. Inilah akibat dari tak pernah aware pasal kebersihan di dlm telinga. The doctor said kotoran itu sbb angah suka korek telinga guna putik kapas..but I said that he never used the cotton bud before. Infact I never bought them/bring into my house. tp doktor tak percaya.terserahlah yg penting telinga angah yg kiri tu dah ok. Masalah telinga kanan tu kena rujuk hospital. But I managed to put the obat dulu sampai minggu depan and tengok mcmana result dia. klu bengkak tu surut. I akan pegi ke doktor yg sama juga. klu masih tak boleh mungkin terpaksa juga ke hospital. He said that angah should do some operation to throw out the bengkak. Ini yg angah takut ni..So tengoklah mcmana nanti..tunggu..

Thursday, August 25, 2011

SALAM IDIL FITRI..

special dedicated to all readers out there...

SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

MAY ALLAH BLESS US

HAPPY HOLIDAY
....

Thursday, July 28, 2011

small view on our penang trip...


Ramadhan is coming..

Selamat Datang wahai Bulan Yang Penuh Berkat..ahlan wasahlan ya Ramadhan...2011

So, this coming monday insyaAllah we will have our first ramadhan or the first fasting day in 2011.
Hope I will manage this ramadhan very well though my kids always making mess all the time. I do hope that everything is going smooth until the end when idilfitri is coming on. Hah..true story our neighbour is installing the cctv system in their house. But the good things is..may be they can caught the true burglar...because I heard recently that one of the house here had theft...
I hope my kids can be corporated well during this ramadhan to less my words on scolding them everyday...semoga Allah memperkenankan doa ku ini....so to all....Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang penuh Berkat ini...semoga ibadah puasa kita diterima Allah..aamiinn..

Thursday, June 23, 2011

my neighbour..

Jiran saya ialah pasangan org cina yg mempunyai seorg anak lelaki. Umur isterinya dlm lingkungan 40an, suami 50 an dan anaknya 9 tahun. apa yg merunsingkan saya ialah isternya seorg yg fussy atau kata lain penyibuk dan suka cari salah orang lain. Ingat lagi semasa mula pindah duduk, saya tingalkan basikal mainan anak di luar rumah. sebenarnya basikal mainan tu dah hampir rosak tapi nak dibuang sayang. saya ingat nak repair. satu hari sewaktu balik dari kerja saya tengok basikal anak saya tu sudah di bawah bangunan. rupa-rupanya dia buangkan. bila sampai ke rumah, saya lihat di tepi dinding rumahnya ada tulisan "jangan buang sampah disini, jaga kebesihan". masalahnya saya tidak pernah buang sampah di tepi rumah dia. Basikal anak saya tu saya letak di depan rumah saya..tapi dia yg sibuk2 jaga rumah org pulak.

satu ketika dulu, anak2 saya suka duduk2 kat atas tangga borak2 dgn kawan2. biasalah budak2 ni, bila borak2 tu bising sikit. then jiran keluar dan cakap jangan bising anak saya mau tidur sedangkan bukannya di depan rumah dia pun. lagi satu sikap buruknya itu..suka menyimbah air sebaldi depan rumah dia..tempat kitorang lalu lalang. jadi klu jln tu kena hati2..klu tak mau tergelincir. kadang2 air yg dia simbah tu air sabun (bekas cucuian). ada jugak la anak2 saya terjatuh sebab licin.

malah dia pernah ambik gambar dlm rumah saya, alasannya rumah kotor dan bersepah. waktu anak saya sedang borak2 kat luar dgn kawan2, dia datang ambil foto budak2 tu sedang berborak dan ambil foto dlm rumah saya sekali. nasib baik anak saya cepat2 tutup pintu. memang dia busy body. kalau nak jaga kebersihan pun jgnlah sampai masuk rumah orang!

mula2 pindah saya mmg ada banyak pasu2 bunga tapi bunganya dah kering sebab tak jaga. setiap hari bila pulang dari kerja saya dapati pasu2 tu hilang satu demi satu. rupa-rupanya dia yg ambil. dia tanam bunga baru dan dia letak atas balkoni. saya kenal pasu2 saya itu. bila saya tanya dia cakap"tak ada..ini saya punya" sakitnya hati. kalau betul2 nak mintalah dgn baik..ini main ambik je..mmg melampaulah..

dan baru2 ni..kain di amapian dia terbakar. mungkin budak2 main api. sebab di tepi ampaian dia tu ada satu tong tpt dia bakar kertas utk adat dialah. agaknya ada budak2 yg cuba nak main dgn tong bakar tu dan terkena baju di ampaian dia tu. watu kejadian ti maghrib. saya dan anak2 semua kat dalam rumah. tiba2 ada org ketuk pintu dan beritau ada baju terbakar..manalah kitorang tahu. kebetulan masa org tu tanya..jiran ca ya nun alif ni baru balik..so dia fikir kitorang yg buatlah. esoknya tu dia ada jumpa anak saya boy yg baru balik dari kelas agama. then dia cakap dgn boy "you punya abg bakar saya punya baju..masa tu mak you balik kampong" I marah dan tergelak pun ada. sebab masa kejadian tu kitorang kan semua ada kat rumah..mana ada saya balik kampong pon..memang mereng lah jiran saya ni. dia saj nak tuduh anak saya dgn mengatakan saya balik kampong sebab tu saya tak tahu..huh memang peliklah perangai dia..Ya Allah berilah sya jiran yang baik..

my ramblings..

pagi tadi beli sarapn roti canai..bawa afiq sekali. mama belikan 1 kpg roti canai utk afiq juga. tapi yg kelakarnya semasa dlm kereta lagi, afiq dah buka bungkusan roti canai tu dan makan..dia mcm lapar sgt..hah mmg dia makan sambil pegang roti tu..sekarang afiq agak suka makan..

semlm selepas ambik dari rumah baby sitter, sampai je ke rumah abangnya sibuk lapar. jadi mama masakkan telor gerang kicap utk abang..then afiq also want it. ma..apar (lapar). hah..mama gorengkan 1 telor utk afiq and letakkan nasi..dia makan sampai habis. malamnya mama buat ayam goreng berempah and mmg simpan bhg peha utk afiq. huh..mama nak ncis(kfc). 1 big drumstick afiq habiskan..haha mmg selera dia makan.

sekarang I tgh fikirkan apakah hadiah yg sesuai dibawa utk majlis kahwin anak my maklong ani nnt. I've very limited money but I want to buy something that different and attracting.

Wednesday, June 8, 2011

my story..




Ha..sekarang ni musim cuti sekolah selama 2 minggu..tapi kesiankan..my children just lepak2 kat rumah aje. We all never planned to go somewhere pun. May be faktor utama is money..not enough money to bring our children out as we have to spend a lot of money. Teringin juga nak pegi Genting Highland but ayah said crowd of people there during this season. So, we all don't want to bersesak dgn dorang tu. But I put some photos during our Genting trip here (2008).

Tuesday, June 7, 2011

Mak Long Ani daughter's wedding..

I've invited to attend a wedding somewhere in Penang. Actually she is my mak friend's daughter...and the wedding is for her second daughter. I was so excited as she was the one who help me while I was doing my practical (since I studied in PUO that every student have to complete their practical in what sector they had choosed). I called her Mak Long Ani. She is very nice lady. She has a soft spoken and very good attitude. Frankly speaking, I do respect to her until now. I am so admire and very interesting to attend this wedding. I got news that the bridegroom is 'mat salleh' (european). I hope that I'm able to snap photo during this wedding. I can't wait this coming 25/6 as the wedding will take place. Hope everything goes well.

Wednesday, May 25, 2011

coretan...

kenapa sekarang malas sangat nak menulis..mungkin takde idea kot..cuma cerita2 biasa aje..tentang kehidupanku dan anak2 di rumah..yg mana setiap hari ada aje yg tak kena ..mama mesti lah marah...afiq sekarang pon dah pandai melawan..epak kang (sepak kang)..tak tau lah sape yg ajar..hisshh..huh..tu dia selalu cakap bila tak puas hati dgn sesuatu. nak hantar ke rumah pengasuh setiap hari pon dah jadi susah sekarang ni..dia macam tak begitu suka nak pegi..dia buat main2..pas tu nak pgi kedai sbb nak beli air atau gula2 tak pun mainan...pagi2 lagi kelam kabut mama dibuatnya.kalau mama tak layan mulalah dia angin satu badan buat perangai sampai mama pon dia pukul...Ya Allah..tolonglah ampunkan anak2ku..kecik2 lagi dh pandai melawan..besar nanti macam mana..tension bila mama memikirkannya. Mama berharap sanagt agar afiq menjadi anak yg terbaik. Yang rajin belajar dan berbudi bahasa. Sejuk hati mama & ayah. Walau apa pun mama tetap berdoa agar anak2 semua menjadi manusia yg berguna suatu hari nanti. Bukanlah wang ringgit yg mama harapkan..cuma kasih sayang, budi pekerti yg baik dan ilmu yg tinggi yg mana dpt membimbing mereka ke arah kebaikan dunia & akhirat. Semoga Allah memperkenankan doa mama..seorg insan yg amat lemah...