Tuesday, July 17, 2012

sudah lama tak update blog ni..tiba2 rasa nak update sikit. May be nak bercerita pasal ramadhan yg bakal menjelang tiba tak lama lagi. Hmm...harapan semoga dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan lebih baik lagi...lebih istiqamah. Rasanay tahun ini merupakan tahun yg penuh dengan cabaran. Anak2 mama akan menduduki peperiksaan yg besar. seorang PMR dan seorang SPM. Memang nak sangat tengok mereka berjaya. Tapi...tak tahu nak cakap sebab anak2ku belajarnya tak tekun. belajar main2 je. Anak yg sulung masih study di jmti. keputusan peperiksaan semesternya pon tidaklah baik sangat.ermmmm...apa boleh buat..kalau belajar tak bersungguh. itulah jawapannya...

anak bongsu..alhamdulillah bertambah matang sekarang. Umur pon dah tiga tahun lebih. dah pandai masuk internet kat h/p ayahnya. dia suka tengok cerita boboiboy, upin/ipin & ultraman. ok lah cukup di sini dulu...nak rehat jap..zzzzzzzzzzz

Friday, February 17, 2012

goyang kaki...



mak..aaiiihhh lama betul x update blog ni..memang malas gilerrlah dgn blog skg ni..lebih baik masa yg ada tu..goyang2 kaki kasi itu kepala ringan skit..haha. kalau nak berblog2 ni..kena jugak perah otak ni nak cari idea yg menarik skit..hadoi. I punya anak kecik dah 3 tahun skg ni. already sambut itu very the simple birthday party on 9/2/2012. haha..sempoi & jimat sampai kek pun buat sendiri walaupon maknya bukan pandai wat kek pun. saja buat deko2 huduh..kasi dia potong & sing a birthday song. Memang every budak2/kanak2 suka sgt dgn lagu tu. Apa2 pon memang every single parent akan mendoakan yg terbaik utk semua anak2nya. Sekarang memang dorang nakal..semoga dah dewasa nanti..hilanglah nakalnya tu..huhu.

This morning I pakai sepasang baju kurung moden yg agak cantik lah (perasan). So..bila sampai opis semuanya puji cantik. Tapi..saya memang pelik skit..bila orang puji cantik..terus rasa malu..& lunch time I balik rumah and tukar baju kurung biasa je..ha baru puas hati. pergerakan pon lancar je..klu pakai baju or dress yg cantik skit..rasa mcm ada je org pandang kat kita...akhirnya jalan pon x betul..kahkahkah..

Friday, December 2, 2011

Hujung Tahun dahhh...

alamak dah disember...cepatnya masa berlalu..dah penghujung tahun 2011. Jadi tak lama lagi..sambutan krismas, tahun baru 2012 and kong hi fatt choy. Hal2 itu mesti ingat sebab ianya kan menyebabkan cuti umum. jadi di awal tahun memang banyak cuti. Maka umur pun semakin bertambah. Anak2 yg kecil dah semakin besar..anak2 yg besar dah remaja sakan. Mak ayah semakin berkedutlah nampaknya. Dah masuk geng makcik2 nampaknya. Memang tak dapat nak elak dah. Pakai mekap mcmana pun tetap dah kurang menawan melainkan org yg awet muda lah kan! Mama masih bekerja mcm biasa. Dari belum kawin sampai anak2 dah besar masih kerja. Kalau tak kerja memang kesian kat suami kan. Keperluan anak2 dan rumahtangga memang besar. Lagi sekarang harga barang memang tinggi. Tapi nasib baik kerajaan ada memberi sedikit imbuhan utk anak2 sekolah. Jadi dapatlah menokok nambah mana yg kurang tu. Harap2 duit itu dibelanja mengikut jalan yg betul. Sekarang ni memang tengah cuti sekolah. Memang merancang untuk bawa budak2 tu makan angin jap. Terlanjur nak ambil abangnya 15 hb. nanti...bolehlah bawa dorang sekali untuk jalan2. Bukan apa saja nak lepaskan tekanan sikit. Bila jalan2 tu dpt menambah pengalaman dan meluaskan pemandangan...ok..sampai sini dulu..bye

Monday, October 31, 2011

Afiq dialogues..

hari sabtu lepas mama belikan satu tong biskut love letters utk afiq...then I told him..Afiq ..ni mama belikan utk Afiq...then he answered me.."mama elikan tuk Afiq ye"..ya..sayang.. i said..then he answered back.."acih ma (means thank you mama)..it is so sweet...memang afiq selalu cakap 'acih ma..' bila mama buatkan sesuatu yg menyenangkan dia..dia suka..

cuma satu yg mama geram dia pandai sgt marah orang..then bila kita tak ikut ckp dia..dia pandai2 buat merajuk..buat bodoh je...tak layan..

pagi tadi mama bawa dia ke dewan utk belikan sarapan..biasanya dia akan masuk ke kedai utk beli mainan atau gula2. tp pagi tadi..dia tak nak keluar dari kereta pun..bila mama ajak keluar dia ckt "tak nak"...then he said "apik nak oti anai ". so mama belikan sekeping roti canai utk dia. pandai anak mak pagi ni..tak susah mama nak tunggu dia pilih mainan..syukur sgt.

ma..ayah eje ye..(ma..ayah kerja ye)
bia apik uwat..(biar afiq buat..)
apa enok2..umbok nak..(apa tengok2..tumbok nak..)
ma..apik nak aju mat..uwa mat..acut mat..(afiq nak pakai baju smart..seluar smart..kasut smart..)

tapi ada juga dia ckp tak pelat..contohnya..

ma..masak ye..
wey...bodoh..(mmg kena marah dia..)
nak ikut boy, ayah

itulah antara dialog2 afiq setiap hari..sebenarnya banyak lagi...
rasanya alhamdulillah..sebab afiq mmg boleh cakap dgn baik, faham apa yg kita cakap/suruh

Thursday, October 20, 2011

Wednesday, October 19, 2011

Afiq.....special for u abang..

my special dinner last night..ikan kerapu stim tiga rasa..memang sedapp. Tak cukup..licin.
Ini permintaan dari ayah. akhirnya mama cuba masak dan berjaya...boleh buat lagi...di samping tu ada juga masak ayam paprik...sedap juga...


ini wajah budk nakal...


The latest photo of Afiq. Just taken last night. Haa...but Afiq really can't sit quietly while taking his photo. He likes to move around and busy making action that make me so headache. So..just be patient while taking this small boy photo. Keep trying to get his static motion. Then mama can snap his photo correctly but still not nice...haha..memang fail la bab2 ambik gambar ni.

Tuesday, October 11, 2011

TANDA2 KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP...

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara t...idak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.


1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.


5) Munculnya kekejian,

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

Bersambung dalam http://blogtokwan.blogspot.com/2011/10/tanda-tanda-kiamat-kecil-telah-lengkap.html semuga mendapat munafaat dari link tersebut.


Salam Ukhuwah..~