Friday, December 2, 2011

Hujung Tahun dahhh...

alamak dah disember...cepatnya masa berlalu..dah penghujung tahun 2011. Jadi tak lama lagi..sambutan krismas, tahun baru 2012 and kong hi fatt choy. Hal2 itu mesti ingat sebab ianya kan menyebabkan cuti umum. jadi di awal tahun memang banyak cuti. Maka umur pun semakin bertambah. Anak2 yg kecil dah semakin besar..anak2 yg besar dah remaja sakan. Mak ayah semakin berkedutlah nampaknya. Dah masuk geng makcik2 nampaknya. Memang tak dapat nak elak dah. Pakai mekap mcmana pun tetap dah kurang menawan melainkan org yg awet muda lah kan! Mama masih bekerja mcm biasa. Dari belum kawin sampai anak2 dah besar masih kerja. Kalau tak kerja memang kesian kat suami kan. Keperluan anak2 dan rumahtangga memang besar. Lagi sekarang harga barang memang tinggi. Tapi nasib baik kerajaan ada memberi sedikit imbuhan utk anak2 sekolah. Jadi dapatlah menokok nambah mana yg kurang tu. Harap2 duit itu dibelanja mengikut jalan yg betul. Sekarang ni memang tengah cuti sekolah. Memang merancang untuk bawa budak2 tu makan angin jap. Terlanjur nak ambil abangnya 15 hb. nanti...bolehlah bawa dorang sekali untuk jalan2. Bukan apa saja nak lepaskan tekanan sikit. Bila jalan2 tu dpt menambah pengalaman dan meluaskan pemandangan...ok..sampai sini dulu..bye