Tuesday, September 15, 2009

SALAM AIDIL FITRI

emm..nampaknya raya nie , ayah ada cucu baru. Syukur alhamdulillah..semua tu rezki kan. Hari ni dah 25 hari kita berpuasa, insyaallah. sekejap je masa berlalu. Lagu2 raya memang dah berkumandang di stasyen2 radio. Itu menandakan memang dah dekat syawal menjelang. Maka makin meriah lah suasana di Malaysia ni. Masing2 sibuk ngan kueh raya, baju raya, balik kampong, kemas dan hias rumah utk raya dan tak lupa pasang pelita raya. Bukan apa pelita raya ni cuma utk memeriahkan lagi. Kalau kat kampongku, ayah pasang pelita raya tu memang berbaloi sebab area rumah kami memang agak gelap. Maklumlah kampong kami agak pendalaman, tak ada lampu jalan pun. Jadi dengan adanya pelita raya dapatlah menerangi kawasan rumah especially time raya dimana anak cucu semuanya ada. Dapatlah mereka bermain dengan seronoknya. Aku masih belum buat kueh raya lagi. Mungkin tidaklah kot. Balik keje terus pegi ambil afiq kat umah pengasuh then terus balik umah masak utk berbuka. Memang sibuk plus penat lagi. Mata ni pulak lepas berbuka je dah terkebil kebil ngantuknya.hmm..afiq pun sibuk ngacau asyik nak berkepit jer..camno. Lepas sahur kemas rumah segalanya..ngam2 siap pukul 8. So, gi keje pulak lepas hantar afiq. Tapi syukurlah dapat jugak ku uruskan rumahtangga walaupun tanpa pembantu.ok..sampai sini dulu dan untuk semua yang membaca terimalah ucapan "SALAM AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN"

Monday, September 14, 2009

shopping...

uhh..raya semakin hampir menandakan ramadhan bakal berlalu pergi..sayu pulak rasa hatiku..semoga dapat bertemu lagi ramadhan seterusnya. Persiapan raya mcmana?..sikit je. Almaklumlah..keluargaku bukannya berduit sgt. ala kadar je. Hubby keje mcm tu tak tentu pendapatannya. Kadang ok kadang ko. Tapi alhamdulillah masih ada rezki utk buat makan minum. Paling penting persiapan utk anak2 di dahulukan. Kueh2 raya pun belum sempat nak buat lagi. Haa...mcmana ni. teringin sgt nak buat. Tapi mcm tak cukup tangan dan masa laa. Aku sibuk sgt ngan urusan anak2 dan rumahtangga. Everything must settle on my own. I have no choice. Always scold my son or daughter to be more flexible to help mama on house chores. Sape lagi nak tolong mama kalau bukan korang sume. Bila dimarah2 mcm tu..barulah ada yg menolong skit. Selalunya adik lah. Lagipun dia perempuan. Memang nak latih dia supaya tahu buat keje2 rumah nanti. Dia pun dah besar dah..bukannya kecik lagi. Angah.ermm..susah skit..paling2 dia buat pun jaga baby. Boy..jaga baby paling suka. Lain2 malas skit. Raya kali ni kami shopping kat the store & giant jer. Beli baju anak2 serba skit..beratus jugak abis. hmm..sabar je lah. Untuk baby brand kiko and anakku. nasib baik masa pegi the store tinggalkan afiq ngan acik. kalau tidak memang kesian..sbb orang memang ramai shopping ari tu. Kitorang parking kat atas sekali.Pilih punya pilih sampai tak sedar dah pukul 6 lebih. akhirnya terbuka puasa kat luar. Just went to food court. Ku order nasi campur jer. Adik & boy makan nasi goreng pattaya. Lepas maghrib kat surau tu terus balik nak fetch afiq kat rumah acik. so, malam tu masak nasi goreng je utk sahur. alhamdulillah.

Wednesday, September 9, 2009

Adik periksa UPSR

Maka bermulalah penantian selama ini iaitu UPSR atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Bermula dari 8/9/09 sehingga 10/9/09. Kertas pembukaan adalah BM pemahaman dan penulisan diikuti matematik kertas 2. Persediaan adik mcmana?...ermm biasa2 aje. Tidak ada yang lebih2. Sehari sebelum periksa adik cuma relex, tido & tengok tv. Mama jer yg sibuk suruh buat ulangkaji. Adik buat dek..je. Then..angah plak kacau daun sampai gaduh..langsung tak de lah. Tapi tak pe lah..mudah2an dia dapat menjawab dengan mudah. Hanya doa sajalah yg dapat mama berikan..sbb anak2 memang tak boleh dipaksa. Semalam terus call adik dari ofis..tanya mcmana..boleh jawap ke tak? dia ckp boleh laa..ada dua tiga soalan susah skit utk mats. HAri ni kertas matematik 1 pulak. Entahlah mcmana. Harap2 dia masih boleh memberi jawapan yg betul2 semuanya. Ermm..harapan lagi..eehh ari ni dah 19 hari kita puasa ya..insyaallah.