Friday, November 20, 2009

upsr

alhamdulillah..akhirnya adik telah pun mendapat keputusan yang agak memberansangkan. Walaupun tidak semua 'A' tapi okeylah tu berbanding ngan usahanya. Memang usaha dia agak ringan tak berat2. Lagi dia sibuk ngan sukan bola balingnya..adelah sampai peringkat suku akhir..daerah. dekat2 nak final exam plak dia sibuk merayap ngan gengnya si Athir.. dan si Azreen..memang agak rapat budak bertiga ni. Kata pegi sekolah buat study group tapi cikgu talipon ckp elok jgn benarkan mereka dtg sebab buat kacau & main2 jer kat sekolah. Bertuah punya anak.. kita ingatkan pegi study..rupa2nya pegi main2. Apalah dayaku nak memantau pergerakkan mereka. Harap pandai2lah mereka bawa diri dan rajin2lah study semoga mempunyai masa depan yg cerah. Ibu bapa setakat berdoa sajalah...semalam lupa nak bawa kamera nak snap gambar dia.hmmm. Harap anak2ku terus berusaha demi masa depan yg gemilang..insyaallah. Begitu juga untuk anak2 buah ku kesemuanya. Sekarang ni kak anja & abang peje tengah berperang ngan spm mereka. Harap mereka berjaya dgn cemerlang..aamiin. Tak lama lagi keputusan PMR keluar lah kan..semoga angah umu dan kak erah berjaya dengan cemerlang jugak..

Tuesday, November 17, 2009

mc

semalam mc..sebab sakit leher, sakit badan dan penat. Bangun tidur hari ahad tu dah rasa sakit leher..tp tak nak manjakan diri sebab keje rumah kena bereskan macam biasa. Lagi atok ada datang dari kampong. Kebetulan atok ada..ku terfikir buat bacaan doa selamat skit sebab abang nak periksa. Maka tanpa perancangan yg jitu ku pun beli pulut dan ayam. Maka petang tu atok pun bacalah doa selamat dan adalah hidangan pulut, rendang ayam dan sambal tumis ikan bilis sikit. Tak jemput sesiapa pun cuma ada acik dan ondek saja. Lepas makan atok pegi ke rumah ondek ngan acik. Petang tu atok balik and pegi rumah paklong plak. Then pagi isnin atok dah bertolak balik ke kampong. hmm..tak lama lagi keputusan upsr keluar lah. Apalah yg adik dapat agaknya? harap dia berjaya mendapat keputusan yang baik. Seronok sebenarnya bila anak2 dapat keputusan yg bagus2 dlm peperiksaan ni. Tapi semua tu bergantung pada usaha merekalah. Ibu bapa cuma boleh mendoakan sajalah..

Thursday, November 12, 2009

Afiq..

ermm..hari berlalu dan rutin masih seperti biasa. Always busy..no matter what I've to complete all my duty/task everyday. Masak, kemas, cuci itu ini and take good care of Afiq..becoz he is still little baby. Sekarang ni..Afiq punya habit baru..suka gigit. Terjerit-jerit ku kena gigit..especially masa nyusukan dia. Memang kena lempang laa..jawabnya. Sakit sangat sebab gigi dia tajam mcm pisau. Mulalah rasa risau bila nak menyusukan dia. Takut kena gigit. Melampau la Afiq ni. Saja bagi mama susah. Sebelum dia gigit, dia mesti pandang muka mama dan senyum..pastu memang kena gigitlah aku..dan memang kena pukullah Afiq. Kebolehan Afiq sekarang..bolehlah berdiri skit2 dan lepaskan tangan. Ada dlm seminit dua..baru dia jatuhkan diri. Agak buas jugak. Malam2 orang lain dah tidur..Afiq masih main2 around. Dia merayau sorang2 dan jumpa apa2 barang dia main..dlm gelap tu. Saja kututupkan lampu supaya dia cepat tidur. Tapi nampaknya dia tak takut pulak. isshh..geram betullah..akhirnya mamalah yg tak cukup tidur setiap hari. Siang hari Afiq sedap lena kat rumah cik esah. Tapi sorry..tak ada gambar afiq sebab batery charger dah rosak..so tak boleh nak recharge bateri.