Friday, November 20, 2009

upsr

alhamdulillah..akhirnya adik telah pun mendapat keputusan yang agak memberansangkan. Walaupun tidak semua 'A' tapi okeylah tu berbanding ngan usahanya. Memang usaha dia agak ringan tak berat2. Lagi dia sibuk ngan sukan bola balingnya..adelah sampai peringkat suku akhir..daerah. dekat2 nak final exam plak dia sibuk merayap ngan gengnya si Athir.. dan si Azreen..memang agak rapat budak bertiga ni. Kata pegi sekolah buat study group tapi cikgu talipon ckp elok jgn benarkan mereka dtg sebab buat kacau & main2 jer kat sekolah. Bertuah punya anak.. kita ingatkan pegi study..rupa2nya pegi main2. Apalah dayaku nak memantau pergerakkan mereka. Harap pandai2lah mereka bawa diri dan rajin2lah study semoga mempunyai masa depan yg cerah. Ibu bapa setakat berdoa sajalah...semalam lupa nak bawa kamera nak snap gambar dia.hmmm. Harap anak2ku terus berusaha demi masa depan yg gemilang..insyaallah. Begitu juga untuk anak2 buah ku kesemuanya. Sekarang ni kak anja & abang peje tengah berperang ngan spm mereka. Harap mereka berjaya dgn cemerlang..aamiin. Tak lama lagi keputusan PMR keluar lah kan..semoga angah umu dan kak erah berjaya dengan cemerlang jugak..

No comments:

Post a Comment