Tuesday, November 17, 2009

mc

semalam mc..sebab sakit leher, sakit badan dan penat. Bangun tidur hari ahad tu dah rasa sakit leher..tp tak nak manjakan diri sebab keje rumah kena bereskan macam biasa. Lagi atok ada datang dari kampong. Kebetulan atok ada..ku terfikir buat bacaan doa selamat skit sebab abang nak periksa. Maka tanpa perancangan yg jitu ku pun beli pulut dan ayam. Maka petang tu atok pun bacalah doa selamat dan adalah hidangan pulut, rendang ayam dan sambal tumis ikan bilis sikit. Tak jemput sesiapa pun cuma ada acik dan ondek saja. Lepas makan atok pegi ke rumah ondek ngan acik. Petang tu atok balik and pegi rumah paklong plak. Then pagi isnin atok dah bertolak balik ke kampong. hmm..tak lama lagi keputusan upsr keluar lah. Apalah yg adik dapat agaknya? harap dia berjaya mendapat keputusan yang baik. Seronok sebenarnya bila anak2 dapat keputusan yg bagus2 dlm peperiksaan ni. Tapi semua tu bergantung pada usaha merekalah. Ibu bapa cuma boleh mendoakan sajalah..

No comments:

Post a Comment