Thursday, December 31, 2009

adik masuk ke tingkatan 1..

ermm..hari ni hari terakhir bagi tahun 2009. So esok bermulalah tahun baru 2010. sungguh cepat masa berlalu kan!. rasa macam baru semalam je sambut tahun 2009. tak pelah.yg penting kita mesti terus ke depan dan mempertingkatkan strategi untuk mencapai apa2 impian kehidupan...harap2 segala impian kita akan menjadi kenyataan..insyaallah.

actually this morning I pegi sekolah..nak settle kan urusan adik. adik dapat kelas 1 neon. Quite funny becoz all the classes nama2 gas. kelas pertama hidrogen, second is helium, litium, berilium, nitrogen, natrium, neon, magnesium etc..tak ingat dah. ada 16 kelas form 1. masa sampai sekolah jumpa cik sheila mambo kita tu. then dia ajak borak2..so lepak2 kat kantin jap. makan mihun & kueh2. memang ramai parents yg dtg. quite pack gak la. then I off to office pulak..takut bos bising due to tak ambik leave tp curi2 keluar..ha! after that I back to school again to settle the school fee. lama jugak beratur. ramai kan orang...before that I phone kak esah nak tanya dia dtg tak? sebab anak dia pun form 1 gak. rupa2nya memang dia kat sekolah pun..and on that phone I terdengar suara afiq..that mean kak esah bawa afiq sekali...kesiannya sayang mak..mesti panas & dahaga dia. So..I jenguk2 kot nampak dorang..tp tak jumpa..may be dah balik kot..tak pelah sayang..petang nnt kita jumpa ye! kesian sayang mama...

Tuesday, December 29, 2009

mak nyah datang..

freedom time...in the office becoz my bos still on leave but at home..oh! I've to complete everything..cooking, cleaning, house-keeping...&..eating. Memang hectic kan..tapi semuanya kan untuk keluarga..so sabar & relaxlah skit. do not tension okey. nnt semua wrinkles keluar kat my face..adoi memang tak boleh nak elakkan.Yesterday my kakak from kampong came to my house also all my sisters here lah. Kesian sebab I tak sempat nak masak yg best2 skit. Just masak nasi berlaukkan kari ayam & sambal sadin jer. But makan ramai2 ni..memang best I tell u. Sampai tak cukup. Nak snap foto, kamera masalah lah plak. Tapi Afiq buat perangai la pulak..asyik nangis je. Tapi I notice dia mcm batuk2 skit & ada flue. may be sebab tu dia meragam. Seronok bila dpt jumpa my adik2 ni..especialy mak ndak. Dia memang pandai buat cerita & gaya kelakar. Memang gelak besar la..then mak nyah off to rumah acik & together with mak uda they went to puchong to overnite there. So..tonite nyah & farhan(aan) akan balik ke kampong.hmmm..dtg sekejap je..and ada satu berita gembira from acik..harap2 selepas ni berita gembira tu sangkut kat mak uda pulak...

Saturday, December 26, 2009

boringnyer....

haa..boringnye..hari ni sorang2 jer kat ofis. all my bos still on leave due to krismas celebration. I take along angah & boy to accompany me during my leisure time today..haha..bagusnya! bukan apa rasa scary gak dok sorang2 kat ofis ni. Macam ada org memerhatikan kita jer. So bila ramai skit hilanglah perasaan tu.

Wednesday, December 23, 2009

kes selesai..

akhirnya kes dah selesai. tapi rasa terkilan sebab terpaksa keluarkan duit just like that & kasi kat orang. bukankah sekarang perlu berjimat memandangkan perbelanjaan semakin besar. itulah..ayah pandai sangat. tapi yelah..mungkin jugak dia lupa..itulah jadinya. apa boleh buat nasi dah jadi bubur. terima dan redha sajalah kan.semoga ada rezki lagi dilain kali.

Tuesday, December 22, 2009

malu..nya

malu sangat semalam..sebab memang sesuatu yang amat memalukan telah terjadi. Tiba2 ianya terjadi tanpa terfikir pun ia akan terjadi. kejadiannya pulak tu kat pejabat,,ya Allah berilah aku kesabaran yg tinggi..jangan lah sampai aku dimalukan lagi seperti itu...susah nak beritau sebab ia memang malu...

Monday, December 21, 2009

abang dah 17 tahun...

actually yesterday was my first son birthday...on 20/12/2009. Tapi kesian kan..mama did nothing for abang. the reason..abang jer yg tau...tu lah. but abang said he likes not to have all birthday celeb. like cut cake etc. just give him the money and he will spend it out as well. But actually to tell I'm headache now because the school opening is nearly come & many items to buy tapi masih delay lagi...tunggu ayah kasi duit skit..sebab my money i think not enough at the moment...aduhh.
may be cuti krismas nnt boleh kot shopping utk keperluan sekolah. Harap2 lah.
dan untuk abang sempena genap 17 tahun umur abang sekarang ni..jadilah anak yg lebih matang, berwawasan, bercita2 tinggi dan sanggup bersusah payah untk mencapai segala impian demi masa depan...hidup dunia & akhirat...itulah harapan mama....

Thursday, December 17, 2009

cerita pendek...

Now is school holiday for the children. So..my anak2 just sit and lepak2 kat rumah aje lah. Nak gi jejalan pun...hmm sendiri mau ingatlah. It is not easy to take the children for holiday without a big amount of money..lagi when school opening plak..many fees to settle in fact all school items including baju sekolah lah..beg..kasut..buku2 and macam2 lagilah. So the money have to reserve to settle all this compulsory items. Sabar je lah...most important we have the money to fit them to go to school and make sure they get the highest opportunity level in their study. My doa this year hope my anak2 will make the best study and no more bad habbit like ponteng2, gaduh2 dan yg sewaktu dengannya lah..ok!

Tuesday, December 15, 2009

saja suka-suka

nie gambo kat kfc...meraikan kejayaan adik dlm upsr..boy sedang ngap...memang hantu laa

ni lah adik..dah beso dah..taun depan tingkatan satu..tak nak pakai tudung kepala..dia ckp keje nnt baru pakai...ermmm

ni afiq and angah..afiq tukang tengok je..tp mama suap gak skit2..suka dia makan mash potatoe
NI SAYANG MAMA...AFIQ

Thursday, December 10, 2009

apa2 je lah...

huh..hari ni last abang periksa..lukisan kejuruteraan. Sampai tak tidur malam abang sebab excited sangat dah habis periksa. Lepas ni raya sakan la dorang. Abang cakap dia nak keje. Keje apa ku pun tak pasti tp dengan kawannya...katanya. Then malam ni dia nak gather ngan kawan2 sekolahnya kat kl. Mereka nak enjoy2 skit sebelum berpisah. Lepas ni may be susah nak jumpa. Ye lah masing2 mungkin continue study in diff. place.Mama cuma pesan supaya hati2, jgn over2. Jaga keselamatan diri dan jangan buat benda2 yg jahat. Abang ckp kawan2 dia baik2. Semua alim2 katanya. May be dorang pegi tengok movie. Dia ckp nak tengok cite pontianak..the twilight..ke apa tah..ade2 je budak2 ni...skg ni kamera rosak lah plak. nak ambik gambar afiq pun tak boleh..

Afiq skg ni dah bising ckp bahasa baby. Dia je yg paham. Klau cari mama..dia jerit2 panggil mak..mak..kadang2 ku ajar dia cakap aayaah..then afiq ckp atete...bersambung-sambung...sweet jer dengar suara dia. Berdiri pun dah lama and boleh duduk sendiri elok2. Harap2 afiq cepat boleh jalan. Ye lah skg dah 10 bulan pun..syukur alhamdulillah..

Kisah abang boy yg baru bersunat tu,..kesian tengok..masih ngan kain pelikatnya. Tak nak pakai seluar lagi. Takut sakit katanya. Dok tercongok kat umah sorang2. Angah ngan kakaknya sibuk jadi wakil rakyat. Tinggallah dia sorang. dia cakap skg boy dah besar tak boleh bogel2 lagi. Dia ni memang pemalu pun. Memang dia jaga bhg tut..tut tu.

Friday, November 20, 2009

upsr

alhamdulillah..akhirnya adik telah pun mendapat keputusan yang agak memberansangkan. Walaupun tidak semua 'A' tapi okeylah tu berbanding ngan usahanya. Memang usaha dia agak ringan tak berat2. Lagi dia sibuk ngan sukan bola balingnya..adelah sampai peringkat suku akhir..daerah. dekat2 nak final exam plak dia sibuk merayap ngan gengnya si Athir.. dan si Azreen..memang agak rapat budak bertiga ni. Kata pegi sekolah buat study group tapi cikgu talipon ckp elok jgn benarkan mereka dtg sebab buat kacau & main2 jer kat sekolah. Bertuah punya anak.. kita ingatkan pegi study..rupa2nya pegi main2. Apalah dayaku nak memantau pergerakkan mereka. Harap pandai2lah mereka bawa diri dan rajin2lah study semoga mempunyai masa depan yg cerah. Ibu bapa setakat berdoa sajalah...semalam lupa nak bawa kamera nak snap gambar dia.hmmm. Harap anak2ku terus berusaha demi masa depan yg gemilang..insyaallah. Begitu juga untuk anak2 buah ku kesemuanya. Sekarang ni kak anja & abang peje tengah berperang ngan spm mereka. Harap mereka berjaya dgn cemerlang..aamiin. Tak lama lagi keputusan PMR keluar lah kan..semoga angah umu dan kak erah berjaya dengan cemerlang jugak..

Tuesday, November 17, 2009

mc

semalam mc..sebab sakit leher, sakit badan dan penat. Bangun tidur hari ahad tu dah rasa sakit leher..tp tak nak manjakan diri sebab keje rumah kena bereskan macam biasa. Lagi atok ada datang dari kampong. Kebetulan atok ada..ku terfikir buat bacaan doa selamat skit sebab abang nak periksa. Maka tanpa perancangan yg jitu ku pun beli pulut dan ayam. Maka petang tu atok pun bacalah doa selamat dan adalah hidangan pulut, rendang ayam dan sambal tumis ikan bilis sikit. Tak jemput sesiapa pun cuma ada acik dan ondek saja. Lepas makan atok pegi ke rumah ondek ngan acik. Petang tu atok balik and pegi rumah paklong plak. Then pagi isnin atok dah bertolak balik ke kampong. hmm..tak lama lagi keputusan upsr keluar lah. Apalah yg adik dapat agaknya? harap dia berjaya mendapat keputusan yang baik. Seronok sebenarnya bila anak2 dapat keputusan yg bagus2 dlm peperiksaan ni. Tapi semua tu bergantung pada usaha merekalah. Ibu bapa cuma boleh mendoakan sajalah..

Thursday, November 12, 2009

Afiq..

ermm..hari berlalu dan rutin masih seperti biasa. Always busy..no matter what I've to complete all my duty/task everyday. Masak, kemas, cuci itu ini and take good care of Afiq..becoz he is still little baby. Sekarang ni..Afiq punya habit baru..suka gigit. Terjerit-jerit ku kena gigit..especially masa nyusukan dia. Memang kena lempang laa..jawabnya. Sakit sangat sebab gigi dia tajam mcm pisau. Mulalah rasa risau bila nak menyusukan dia. Takut kena gigit. Melampau la Afiq ni. Saja bagi mama susah. Sebelum dia gigit, dia mesti pandang muka mama dan senyum..pastu memang kena gigitlah aku..dan memang kena pukullah Afiq. Kebolehan Afiq sekarang..bolehlah berdiri skit2 dan lepaskan tangan. Ada dlm seminit dua..baru dia jatuhkan diri. Agak buas jugak. Malam2 orang lain dah tidur..Afiq masih main2 around. Dia merayau sorang2 dan jumpa apa2 barang dia main..dlm gelap tu. Saja kututupkan lampu supaya dia cepat tidur. Tapi nampaknya dia tak takut pulak. isshh..geram betullah..akhirnya mamalah yg tak cukup tidur setiap hari. Siang hari Afiq sedap lena kat rumah cik esah. Tapi sorry..tak ada gambar afiq sebab batery charger dah rosak..so tak boleh nak recharge bateri.

Saturday, October 31, 2009

ermm..ari ni makcik ada datang ofis..best gak..dapat pot pet ngan dia jap..dia memang byk cite..mcm2 cite..sampai cite hantu pun ade..memang tambah ilmu dan pengelaman jugaklah..siapakah makcik tu?...rahsia...biar saya je yg tahu..semoga tercapai segala hajat dia selama ini..aamiin. Sebenarnya takde pe cite ari ni. Saja2 rasa nak menaip. Terasa rajin plak.

Wednesday, October 28, 2009

kak manja cam awek jepun and angah plak cam awek bolywood

sempat jugak afiq mencelah..ermm jangan sampai besar pun nak mencelah jugak ngan awek-aweks ya sayang..

kak anja & angah umu berposing dlm rumah opah di kampong..lebih ayu bertudung litup..
inilah juara model raya..afiiiiiqq..ngan cikmah..terpaksa padam bhg kepala cikmah due tak pakai tudung..sori cikmah..cikmah memang comel..

model-modelzzz raya...

angah buat posing malu2 skit & k.erah tu..mengancam gak..hihi



2 orang anak dara mak ndak yg manis2 gitew..awww

Tuesday, October 27, 2009

lazy..

sooo..long never put anything..why..coz i'm getting lazy and lazy. Why lazy?..may be too tired or too bz with something else.office works or house works..anything. or may be I'm under mood..not very good in mood..something disturb on my mind that I can not give more opportunity to be more focus on my writing or whatever..hahah. alasan lah tu. But no big story to tell. My duty is always running everytime. I have to. Have to cook, have to take care of the children, have to clean-up, wash-up and the final have is 'membebel'. Of coz all my children. But actually to tell, all the thing that I do is to keep them more discipline or to be a good person someday. I am willing to do all this from the bottom of my heart to my dear children. ermm..the SPM exam is getting near and near. How is my big boy going to? How is the preparation? Is it ready to go or still searching the way to go? I have no idea. I hope that he will success. That is the mother's hope. okey;ah..sampai sini dulu...babai

Tuesday, October 13, 2009

abang....

Tak lama lagi peperiksaan SPM akan bermula. Abang cakap 14/11/09. Rasanya persediaan anakku ala kadar je. Kalau balik rumah tu, dia sibuk ngan aktiviti wakil rakyat nye saja. Malah hari2 biasa pun dia balik..bukannya nak tinggal betul2 kat asrama. Sampaikan ayahnya marah. Kita masukkan dia ke asrama supaya dia boleh study betul2. Maklumlah kat rumah ni banyak gangguan. Adik2 ramai. Ada yang suka bergaduh..ada yang menangis ..jadi tumpuan hilang.sebab tu mama suruh abang duk asrama. Tapi dia asyik balik jer...alasannya rindu kat mama. Tapi alasan lainnya..duit...dia tak suka makanan asrama. mana pernah dia makan lauk ikan, sotong semenye tu. Dia cuma makan ayam. Jadi bila tak suka, dia beli makanan di kantin seperti nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, kue karipap. Malah..makan kat luar tu..biasalah. Itulah duit cepat habis. Belum masuk topap lagi..walaupun abang kurang study, mama tetap berharap abang akan berjaya..sebab abang sebagai contoh utk adik2.

Monday, October 12, 2009

kawan lama..

ermm..bestnye...semalam kawan lama dtg bertandang ke rumah. I always ask her to come visit but due to she doesn't has chance to drive, so she can't make it. But now, since the elder daughter has a driving license so she make a way and come to my house as celebrating hari raya. As my kueh raya almost finished, so I made some fried kue tiaw and bake orange cake. So happy because my friend love to eat my orange cake. They left about 1:45 p.m. Actually, we have so great time but my little boy buat perangai lah plak. So, she doesn't want to get long and make a move in short time. hmm...afiq ni ada2 je. Tak boleh mama nak bercerita dengan lebih lama lagi. Sejuk hati tengok anak2 kawan ni..bersopan santun je. Senang mak dia..tak payah nak memikirkan masalah anak2 mcm mama nih..

Friday, October 9, 2009

gambar raya terlambat update..

ni gambar masa nak balik ke KL dah...tengok tu angah pegang baby maklang fathiah shafni...

Inilah gambar raya yang ada buat masa sekarang..tu pun dari kamera hpon acik. Aku punya kamera asyik habis bateri je ...akhirnya malas nak snap gambar. Tapi ada lah 1,2 gambar yg telah diambil. Disebabkab bateri belum beli lagi..tak boleh nak upload.

Tuesday, September 15, 2009

SALAM AIDIL FITRI

emm..nampaknya raya nie , ayah ada cucu baru. Syukur alhamdulillah..semua tu rezki kan. Hari ni dah 25 hari kita berpuasa, insyaallah. sekejap je masa berlalu. Lagu2 raya memang dah berkumandang di stasyen2 radio. Itu menandakan memang dah dekat syawal menjelang. Maka makin meriah lah suasana di Malaysia ni. Masing2 sibuk ngan kueh raya, baju raya, balik kampong, kemas dan hias rumah utk raya dan tak lupa pasang pelita raya. Bukan apa pelita raya ni cuma utk memeriahkan lagi. Kalau kat kampongku, ayah pasang pelita raya tu memang berbaloi sebab area rumah kami memang agak gelap. Maklumlah kampong kami agak pendalaman, tak ada lampu jalan pun. Jadi dengan adanya pelita raya dapatlah menerangi kawasan rumah especially time raya dimana anak cucu semuanya ada. Dapatlah mereka bermain dengan seronoknya. Aku masih belum buat kueh raya lagi. Mungkin tidaklah kot. Balik keje terus pegi ambil afiq kat umah pengasuh then terus balik umah masak utk berbuka. Memang sibuk plus penat lagi. Mata ni pulak lepas berbuka je dah terkebil kebil ngantuknya.hmm..afiq pun sibuk ngacau asyik nak berkepit jer..camno. Lepas sahur kemas rumah segalanya..ngam2 siap pukul 8. So, gi keje pulak lepas hantar afiq. Tapi syukurlah dapat jugak ku uruskan rumahtangga walaupun tanpa pembantu.ok..sampai sini dulu dan untuk semua yang membaca terimalah ucapan "SALAM AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN"

Monday, September 14, 2009

shopping...

uhh..raya semakin hampir menandakan ramadhan bakal berlalu pergi..sayu pulak rasa hatiku..semoga dapat bertemu lagi ramadhan seterusnya. Persiapan raya mcmana?..sikit je. Almaklumlah..keluargaku bukannya berduit sgt. ala kadar je. Hubby keje mcm tu tak tentu pendapatannya. Kadang ok kadang ko. Tapi alhamdulillah masih ada rezki utk buat makan minum. Paling penting persiapan utk anak2 di dahulukan. Kueh2 raya pun belum sempat nak buat lagi. Haa...mcmana ni. teringin sgt nak buat. Tapi mcm tak cukup tangan dan masa laa. Aku sibuk sgt ngan urusan anak2 dan rumahtangga. Everything must settle on my own. I have no choice. Always scold my son or daughter to be more flexible to help mama on house chores. Sape lagi nak tolong mama kalau bukan korang sume. Bila dimarah2 mcm tu..barulah ada yg menolong skit. Selalunya adik lah. Lagipun dia perempuan. Memang nak latih dia supaya tahu buat keje2 rumah nanti. Dia pun dah besar dah..bukannya kecik lagi. Angah.ermm..susah skit..paling2 dia buat pun jaga baby. Boy..jaga baby paling suka. Lain2 malas skit. Raya kali ni kami shopping kat the store & giant jer. Beli baju anak2 serba skit..beratus jugak abis. hmm..sabar je lah. Untuk baby brand kiko and anakku. nasib baik masa pegi the store tinggalkan afiq ngan acik. kalau tidak memang kesian..sbb orang memang ramai shopping ari tu. Kitorang parking kat atas sekali.Pilih punya pilih sampai tak sedar dah pukul 6 lebih. akhirnya terbuka puasa kat luar. Just went to food court. Ku order nasi campur jer. Adik & boy makan nasi goreng pattaya. Lepas maghrib kat surau tu terus balik nak fetch afiq kat rumah acik. so, malam tu masak nasi goreng je utk sahur. alhamdulillah.

Wednesday, September 9, 2009

Adik periksa UPSR

Maka bermulalah penantian selama ini iaitu UPSR atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Bermula dari 8/9/09 sehingga 10/9/09. Kertas pembukaan adalah BM pemahaman dan penulisan diikuti matematik kertas 2. Persediaan adik mcmana?...ermm biasa2 aje. Tidak ada yang lebih2. Sehari sebelum periksa adik cuma relex, tido & tengok tv. Mama jer yg sibuk suruh buat ulangkaji. Adik buat dek..je. Then..angah plak kacau daun sampai gaduh..langsung tak de lah. Tapi tak pe lah..mudah2an dia dapat menjawab dengan mudah. Hanya doa sajalah yg dapat mama berikan..sbb anak2 memang tak boleh dipaksa. Semalam terus call adik dari ofis..tanya mcmana..boleh jawap ke tak? dia ckp boleh laa..ada dua tiga soalan susah skit utk mats. HAri ni kertas matematik 1 pulak. Entahlah mcmana. Harap2 dia masih boleh memberi jawapan yg betul2 semuanya. Ermm..harapan lagi..eehh ari ni dah 19 hari kita puasa ya..insyaallah.

Wednesday, August 26, 2009

Syukur sebab Afiq tak meragam kat umah pengasuh. Malah dia boleh makan, tidur dan minum susu dengan lebih baik lagi. Anak2 kak esah pun, suka sangat main ngan afiq. Afiq memang suka kalau ada org layan dia. Pagi tadi..masa sahur masakkan bubur nasi utk afiq utk dibawa ke rumah pengasuh. Sampai sana..kak esah beritahu yg dia pun ada masakkan bubur utk afiq. Laa..baik kak esah. Semoga tak ada masalah lepas ni. Harap Afiq selesa di bawah jagaan kak esah. Cuma..kadang2 nampak Afiq macam tercari2 bibik je. Macam dia rindu skit nampaknya. Ye lah 4 bulan bibik jaga dia. Macam tak percaya je bibik boleh tinggalkan afiq macam tu je. Sedangkan dia sayang sangat ngan afiq. Peliknya dia langsung tak talipon beritahu masalah yg dihadapi. Terus tak balik mcm tu je. Tuhan je lah yg tahu apa masalah bibik sebenarnya. Cuma suaminya ada talipon beritau mereka dah cerai. Bibik yg minta cerai katanya.

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa kepada semua..

Selamat berpuasa kepada semua dan salam kemaafan sekiranya ada tersalah kata tersilap bicara..semoga kita mendapat puasa yg sempurna di sisi Allah. Ramadhan telah pun bermula pada 21/8/2009. Hari ni dah 3 hari kita berpuasa. Bazar ramadhan mula beroperasi termasuklah di kawasan rumah kami. Jadi tak susah utk mencari kuih-muih atau lauk pauk utk berbuka. Cuma sediakan duit je. Aku mcm biasalah..kuih tu beli je sebab tak sempat pun nak buat. Balik keje dah petang dan sibuk ngan anak2 dan rumah. Lauk pun masak ala kadar aje. Tapi anak2 pun makanan dorang simple je tak perlu yg berbagai ragam. Makanan kegemaran dorang spt roti john, roti jala, karipap, ayam goreng. Sekarang ni aku ada masalah lah pulak. Pembantu rumah dah berenti. Tak tau kemana dia menghilang. Kesian kat bebiku. Terpaksalah hantar kat rumah pengasuh. Nasib baik kak Esah ada nak jaga. Dialah yg jaga sekarang. Harap Afiq tak meragam.

Tuesday, August 18, 2009

anak-anak

Yesterday night took the children for dinner at An-nur..haa ini kes sedap makan ngan azmah tu hari lah tu..memang sedap. Lagipun dah lama tak makan kat luar. Saje bagi anak5 seronok skit. Tapi biaselah anak2ku kalau makan kat luar mestilah western food. Apalagi chicken chop lah. Kesian pulak kat Boy sebab mcm dah terberjanji ngan dia.. Dialah org pertama yg siap berpakaian. Tapi okeylah sebab restoran ni mcm2 makanan ada. dari barat sampai ke timur. Rasenya pun sedap. Sampai umah around 10 and semua mcm penat terus tido. Abang masih kurang sihat. Pening kepala katanya. urut je lah. Memang manja skit anak pertama ni. Tapi risau gak sbb dah mc 2 hari. Mungkin dah byk ketinggalan pelajaran skolah. Tahun ni lah tahun penentuan utk masa depan dia. Kalau keputusannya tak bagus..apalah anakku boleh buat. Pelajar2 lain mungkin sibuk ngan study hardnya. Tapi anakku... masih relax jer...mcm tak risau jer..adik pun sama. Kenapa ye..anak2ku malas study? study skit dlm 10 minit tak sampai..dah tutup buku ..main game. Memang tekanan melihatnya. Dah malas nak memaksa sgt...mereka fikirlah sendiri utk kejayaan sendiri.

Monday, August 17, 2009

Afiq 6 months..


emm..today bring Afiq for 6 months normal baby check-up. It was at Klinik Desa. I think..I was the early person to be there but when I was there everything went upside. It was almost people there. So..I have to wait until my turn coming. Just be patient. Afiq already gain weight. Now his weight around 9.4kg and his length around 73 cm. How chubby my baby. everything settled around 10 a.m. So surprise becoz Ani..my neighbour was also there. She took her new born baby girl as normal check-up also. Her baby almost 2 months plus. She told me that the baby always crying and hard to sleep at night. I hope she will be patient to take care of the baby..me too. But the truth is every single baby has different habit or style. Some of them is very easy to take care compare to some others. Rushing home becoz I got to bring my elder son to see the doctor too. He got fever for a few days. Last night he was unwell slept. But I cannot look after becoz my eyes unable to open..boleh gitu..kesian abang. The doctor just asked him to drink much water and take medicine at time. She gave mc for 2 days. Seronoklah abang tak yah gi skolah..2 ari plak tu. At last I have to take half day leave. So my leave..only 3 days left. Keep them for hari raya aidil fitri..coming soon.

Thursday, August 13, 2009

mak and nyah.. dalam kete masa nak balik ke kampong

Selsema bab*....

wabak selsema bab* semakin menular di Malaysia sekarang ni. aduh..risau la pulak terutamanya di sekolah2. Banyak sudah institusi dan sekolah yg terpaksa ditutup atau kuarantin dlm tempoh tertentu utk mengelak jangkitan ini. Apa boleh kita buat. Pertamanya jangan keluar ke tempat awam terutamanya yg ramai orang bersesak. Dan salah satu penawarnya banyakkan minum air jus oren dan makan epal hijau..6 biji sehari. Itu dari pengalaman seorang ibu tentang anaknya yg kena H1N1. Alhamdulillah..anaknya sembuh selepas 4 hari sahaja. Insyaallah. Sesungguhnya di akhir zaman memang terdapat berbagai penyakit pelik yg susah utk diubati. Mungkin terlalu byk dosa seperti membela ba** dan mcm2. Malah dlm makanan proses klu kita tak teliti betul2 terdapat campuran bab*. Ianya dah diolah menjadi bermacam2 nama utk mengelokkan rupa dan rasa makanan tersebut. Hanya Allah yg lebih tahu. Semoga makanan yg kita makan halal. Sebaiknya masaklah makanan sendiri menggunakan buah2an, syur2an, ikan, ayam,daging segar tanpa ada campuran yg berbagai utk masakan kita itu.

Monday, August 10, 2009


Nyah & Afiq

Nyah..kami tau hanya pada kami dan anak2 sajalah tempatmu mencurahkan kasih & sayang. Sesungguhnya masa telah mengasingkan kita dari keakraban kasihsayang adik beradik. Semakin lama kami semakin sibuk dengan keluarga sendiri. Sedangkan kau masih lagi hidup bersama ayah dan mak dengan melalui segala pahit manis hidup bersama 2 insan tersayang itu. Kau amat bertanggungjawab menjaga dan memberi perhatian pada ayah dan mak. Kami di sini sibuk dengan urusan anak2 dan kerjaya masing2. Bila rindu membendung didada sekali sekala kau datang menjenguk kami walaupun dirimu tidaklah terlalu gagah untuk memandu sejauh itu. Melihat kami mungkin dapat mengubat kesepian hatimu.Anak2 buah merupakan penghibur hati. Tapi, maafkan kami kerana kadang2 terjadi sesuatu yg boleh mengecewakan mu. Bukannya kami sengaja. Tetapi itulah suratan..

Wednesday, August 5, 2009

malam nisfu syaaban

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari
Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 5hb August, 2009
(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini
untuk
menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan
seterusnya
berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan
yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan
bermula
sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14
hb
sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah
&
surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas
3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam
= 5 August 2009)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk
beribadat
kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk
beribadat
kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam &
mati di
dalam
iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban
sebanyak
22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah
haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi
Allah
Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) :
pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia
lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan
semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau
orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu
sya'aban

kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya
kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam





Tuesday, August 4, 2009

kenduri kat Johor......

mak & ayah pengantin

pintu gerbang

Akhirnya sampai jugak aku kat Kluang, Johor. Sebenarnya kenduri ni atas jemputan kawan bos. Dia orang penting JPH Kluang. Kendurinya buat kat rumah kuaters je. Tapi halaman rumahnya luas..jadi dorang pasang kemah besar2. Memang agak hebat jugaklah. Ini kenduri anak pertamanya..perempuan. Tapi ku tak sempat tengok pengantin pun. kesian kat bebiku yg dah ngantuk dan lapar. Makananya okeylah..ada rendang daging, kari daging, tumis nenas, dalca, ayam goreng, ulam-ulaman, kueh-mueh dan berbagai jenis minuman dari yg panas hingga yg sejuk. Pilih mana yg berkenan. Hidangan style bufet hotel. Bos lah katakan..meja, kerusi dan pinggan mangkuk semuanya cantik2. Hmm..aku dok semeja ngan bos & isterinya. Bos ku & isterinya memang baik. Malah mereka sanggup carry afiq. Ohh..ini anak yg latest tu ye. The first question he had asked when he saw my baby. Bini bos pun masih cantik walaupun umurnya dah 50+. She is so nice. She just sat beside me & we got chat each other like close friend. Suamiku borak jugak ngan bos & wife nya. Dia mcm segan skit sbb tak pernah jumpa dorang. Ku makan skit je sbb perut mcm kenyang je. Adik & Boy pun makan skit je. kitorang sampai kat umah about 7 p.m. On the way balik singgah jugak kat perhentian untuk hilang ngantuk & letih memandu. Kitorang ada singgah kay shalala cafe. aku & hubby minum ice coffee. Boy & kakak minum ice chocolate. Beli jagung segar 5 tongkol. Balik rebus sbb angah suka.

Friday, July 31, 2009

anak-anak tak sihat..

alhamdulillah...Boy & Adik dah baik demam. tinggal batuk skit2 lagi je. Afiq pun terjangkit juga demam rupa2nya. Tak tido satu malam. Dia asyik merengek. Sib baik ayahnya ada kat rumah malam tu. Dapatlah jugak tolong skit2. Early morning took him to see the doctor. Alhamdulilah..skg dia dah ceria balik. Kalau tak moyok mukanya. Senyum pun tak nak. Then..angah pun demam jugak. Bersilih ganti anak2ku demam. But according to the check-up, doctor suspect denggi plak. aduhh..harap2 bukan lah. semoga Allah melindungi anak2 dari penyakit yg merbahaya @ besar. Ya Allah lindungilah kami dari penyakit2 yang besar. Aamiiin.

Wednesday, July 29, 2009

Foto terbaru Afiq..umur 5 bulan lebih...

Afiq meniarap...

Afiq senyum...

Afiq malas
emm..semalam memang sibuk dengan adik yg demam, boy yg baru baik demam dan afiq yg ngacau. kelakarnya afiq. sekarang dah pandai guling2 dan pusing2 kesana kemari. kalau letak atas tilam memang berdebuk jatuh lah jawapnya. jadi di pinggir tilam tu mesti letak pulak bantal2 besar @ sofa supaya afiq tak berdebuk. tapi kalau jatuh pun dia gelak je. seronok agaknya. puting kosong pun dia dah pandai masukkan sendiri. bila puting tu jatuh..dia pusing2 cari sampai dapat pastu bawa masuk ke mulut...

Tuesday, July 28, 2009

sakit.

uuhhh..SKSB di tutup seminggu due to H1N1. alamak..risau la pulak. Harap2 semuanya baik2 je. So adik dan boy cuti skg ni. Asalnya kelas 5 Lotus je yg kena kuarantin. Tp disbbkan dah merebak, semua kena cuti la. Risau la pulak sebab skg ni boy demam, batuk & selsema. Dia juga mengadu sakit kepala. Tapi balik lunch tadi, boy dah okey. Kakak dia pulak yg demam dan batuk. Suruh adik makan obat boy dulu. tengok mcmana. Harap2 tak ada masalah besar. Semoga adik cepat sembuh. semalam bibik pun cuti sbb sakit tangan. tangannya tak boleh angkat. Tp hari ni dah okey. Syukur alhamdulillah. Kalau tak memang masalah lah aku nak keje. Semalam, hubby pun sakit tangan sampai tak boleh angkat. Dia cakap mungkin angkat beg2 arab yg berat2 tu. Memang urat tangan tu dah rasa lain macam. Jadi bila angkat benda berat bertambah teruk lah jadinya. Sabar je lah. Semoga semuanya akan sihat2 balik. aamiin.

Thursday, July 23, 2009

mak tersayang..

mak dan ayah tersayang

sekarang ni musim buah2an. Di pinggir jalan byk gerai2 buah, malah longgokkan buah boleh didapati. rambutan, dokong, durian, manggis, langsat dan mangga adalah buah2 an utama dan paling banyak. harga pun amat berpatutan. di kampong memang pusatnya lah. mak sll pesan suruh balik ambik buah. memang teringin sgt nak balik ambik buah tp mcmana? suamiku sememangnya amat sibuk. dia nak jaga pelanggannya. klu dorang dah tempah..mcmanalah dia nak lupakan plak. dia terpaksa angkut dorang gak. klu ku nak balik sendiri..susah plak ngan afiq. lgpun ku tak berani nak drive sendiri2. kampongku amatlah jauh. 2 mlm lepas, cikmah ada singgah bagi rambutan dan tempoyak yg mak kirimkan. memang teringin sgt dengan tempoyak. nasib baik bonda tersayang sentiasa mengingati anakmu ini. dikirimnya sebalang tempoyak. mak..I miss and love, love you very, very much. mak..you always fulfil my desire...

Monday, July 20, 2009

Afiq normal check-up

Hari ni bawa Afiq ke klinik desa as normal baby checkup. Sampai around 8.20. Dapat no giliran 38. ok lah tu..tak lama sangat nunggu. Ramai jugak orang ari ni. Kaum ibu & ada jugak kaum bapa yg menemani bersama baby masing2. Tersenyum nengok. Ye lah ada yang baby nya tido, meragam & ada yg cool je. Ade jugak yg abang2 dan kakak2nya yg masih kecil lagi mengikut. Kesian tengok maknya nak kena layan mcm2 kerenah. Nasib baik ku ada bibik. Dia lah yg nak memegang baby. Sampai org tanya ini anak awak ke? Tp kenapa hari ni, nurse yg inject tu semacam je mukanya. Sebelum masok inject, Afiq tertido, sampai lah masa injection. Dia terus je inject sampai terkejut budak tu. Kesian anakku. Tak pelah sayang..biarlah mereka dgn ke eogaan mereka. Memang kadang2 perangai nurse lain mcm skit. Ikut angin dorang je. Anak kecik yg tak bersalah jd mangsa plak. Timbang berat badan Afiq hari ni lebihkurang 8.5kg. Skit je naiknya berbanding bulan lepas. Kenapa ye? tp perasan jugak, kadang2 Afiq tak nak menyusu, maksudnya susu botol. Kalau susu ibu..ok je. Atau mungkin dah byk bergerak..jd beratnya lambat naik kot. Beratnya dah masuk ke tahap normal balik. Ituhari dah hampir obes.

Wednesday, July 15, 2009

kesibukkan ku

aku yg sentiasa sibuk..foto d'langkawi 2008

adoi..hari ni dah 15hb..tp gaji belum dpt lg..projek tu ad tp paymen belum masuk. Bila masuk byk..bos bayar utang supplier..itu yg tak berduit tu..hmm syarikat kecik.sabar je lah. Nak keje pun dah malas jadinya. sib baik suamiku keje mcm tu..adalah duit buat belanja & bayar bil2 tu dulu. Nak cari keje lain bkan senang skg ni...lagipun tak nak keje yg jauh dari umah. Susah nnt sbb Afiq pun masih kecil..bisanya tghari mesti balik umah kasi dia susu cap gantung. Klu keje jauh susah lah pulak. Lagipun dah umur mcm ni..sapa nak ambik. dorang mesti nak ambik org2 muda..lebih berkualiti. Pagi tadi terlewat bangun, maklumlah tido sllu kena kacau ngan afiq..tak sempat nak kejut adik pegi skolah..akhirnya tertinggal van..budak2 ni pun klu tak dikejutkan..tak seklahlah jawapnya. Lagi semalm adik kena marah..sbb asyik bergaduh ngan boy..terus dia merajuk masuk bilik, tak makan ..terus tido sampai pagi. Mcmana tak marah klu dah kasar sgt caranya ngan boy tu. Pelik betul semakin besar, semakin kasar si adik ni..lagak2 samseng gitu..ya Allah berilah aku kekuatan & kesabaran untuk mendidik anak2 ku ini ya Allah. Semoga mereka akan sedar dan menjadi anak yg baik. Itulah harapan mama pada korang...anak2. Jangan lah terus terpengaruh dengan budaya2 negatif ni. Sakit jiwa mama memikirkannya. ok..lepas hantar adik tadi..hantar angah pulak ke SMK Kota Damansars. Dia ckp nak buat folio civik ngan kawan2 kat sekolah. Jadi terus pegi hantar dia & pastikan betul2 dia masuk kesekolah. sebelum tu tanya dulu..betul ke angah nak buat folio..dia ckp betul sbb folio ni penting..periksa beg dia..complete ada semuanya..buku2. TApi kesian kat afiq sbb abg boy ribakan dia..nangis dia tengok mama tgh driving + mata dia pun dah ngantuk. on the way balik umah terus singgah ambik bibik siti. Pastu singgah kedai beli ikan & sayur. naik jugak ke rumah sbb nak tukar tudung, maklumlah pakai tudung tak bergosok tadi. Cuma tak sempat nak mandi je..tak per lah..bukan org nak cium pun..dah tak sempat..balik tghari nnt barulah mandi..
itulah kisah di pagi 15hb. setiap hari mama mcm terkejar2 je nak siapkan umah dan anak2. nak pastikan semuanya terurus. penatlah jugak..tp tak pelah asalkan mereka terjaga..

Tuesday, July 14, 2009

abang yg saja2 buat2 poyo...langkawi 2008

ayah & anak2 kat langkawi..2008


angah, aan, boy & adik..kg 2009

Bos invited us to wedding ceremony on his good friend encik malik (org JPH, Kluang Johor)...dah cakap ngan en. suami tapi dia tak nak pegi. pastu bos suruh pujuk.. then pujuk lah..ok lah dia setuju. Bos siap reserve hotel for us. so, may be kitorang pegi kluang lah 1hb. nanti. eemm best gak.
never been to johor. dpt jugak tengok tempat org nnti..insyaallah..tp kena belanja skit sbb afiq kena beli baju baru gak.bajunya semua dah lusuh&kecil skit dah. hari2 pakai..yg lain2 tu pakai baju lama je lah..duit pun takde nak beli baru..huhu kesian nya.

lagi2 Afiq

Friday, July 10, 2009

AFIQ & BIBIK SITI

Afiq ( nearest to 5 months)


Afiq & Bibik Siti (tengok bedak kat kening dia)

Thursday, July 9, 2009

Afiq genap 5 bulan

Syukur alhamdulillah..hari ni genap umur Afiq 5 bulan. Harapan mama & ayah semoga Afiq terus membesar dengan cukup sempurna dan menjadi orang2 yg alim, berilmu yg dapat mendoakan mama, ayah, atok, opah dan semuanya. Dan buat pertama kalinya..hari ni mama suapkan Afiq makanan iaitu kismis doa yg mama hancurkan sendiri dan nestum beras+soya. Afiq makan..sukanyee dia makan..alhamdulillah. Sekarang Afiq memang dah faham..klu nampak mama jer..tangannya terdepang-depang..nak ikut lah tu. Dia tau maknya nak keluar naik kereta. Itulah dia tunjuk aksi nak ikut tu..tadi masa balik makan tengahari..dia tengok je mama keluar dan jerit..pastu bibik ambil dukung dan hantar mama kat pintu..Afiq tengok dgn penuh excited..sian dia..mama nak keje lah sayang..mana boleh ikut.

Saturday, July 4, 2009

nothing much work today..just search you tube for 'micheal jackson is dead'. Minat jugak ngan lagu2 thriller dia. tapi sehebat-hebat manusia akan pegi mengadap Allah jugak. Dia sajalah YAng Maha Kekal. Harap MJ is muslim. Sbb dengar cerita dia converted in nov 08. sedey gak :(

Friday, July 3, 2009


Sememangnya menjaga anak2 yg ramai, memang amat mencabar malah memang tertekan, apalagi jika anak2 mempunyai sikap yg negatif. Dalam meniti usia remaja, cabarannya makin menyerlah. Anak2 terpengaruh dgn budaya semasa seperti rakan sekolah, persekitaran dan media. Ini menyebabkan perubahan sikap seperti berbahasa kasar, mencuri, melepak, ego, menconteng, bergaduh, ponteng sekolah dan mcm2 lagi. Mcmana nak mengatasinya? Kita kena baca kerektor anak2. Memang kena pukul jika kesalahannya besar seperti ponteng sekolah atau mencuri. Itu untuk kesalahan pertama kali. Tapi kalau masih berlaku utk kali ke 2, ke 3..apa yg mesti dilakukan? Pukul lagi dan marah lagi...disamping itu cuba kaji diri kita sendiri..mungkin ada ketidakadilan yg berlaku. Cara anak2 memberontak ditunjukkan dgn cara yg negatif.. Mereka mungkin kecil hati dgn ssuatu hal. Mungkin berkehendakkan sesuatu barang tapi tidak diendahkan..mungkin rasa tidak dipedulikan dan lain2 lg. Jadi berikan perhatian, kasih sayang, nasihat, tunjuk ajar dan contoh tauladan yg baik pada mereka. Tapi..jangan sampai mereka naik lemak pulak. Memang susah nak mendidik anak2. Mungkin tidak semua ibubapa la. Ada orang yg anaknya memang baik dan berdisiplin. Nasib masing2 lah. Apa boleh buat. Sesungguhnya dugaan hidup berbagai ragam. Bersabar lah dan berdoalah kepada Allah semoga anak2 kita akan berubah menjadi anak yg baik, soleh dan berilmu. Mendoakan ibu ayahnya.

Thursday, July 2, 2009

cuci mata jap...

abang & angah during Penang trip on 2006


abang & angah..foto 2008..Langkawi
letihnye hari nie..tiap malam tidur agak lewat..lebih kurang pukul 12.00. Afiq kadang2 meragam.
Mungkin perutnya kurang selesa..maklumlah maknya makan macam2..and suka minum kopi..byk angin. Yesterday night, bibik tido kat umah sbb nak buat kueh utk kenduri kat kongsi. Siap masak semua dlm pukul 12.30 mlm. Sambil2 tu sempat layan tv3..jangan tido lagi...tetamunya ella. She looks good even the age quite old..almost 43 yrs. Still mantain the manja2 act..emmm. Esoknya pukul 5 pagi dah bangun..after ayah off to work, slightly clean-up the house and get rest before off to office. Afiq masih belum bangun lagi..sedap dia tido..

Thursday, June 25, 2009

more problems........

my husband just told me that his customer had a big problem. one of his car rental that rented by this customer got caught in police station. reason is.. the customer is 'doktor palsu'. the news is spreading out in main paper daily. so, the police can not let the 'doctor' car out freely. must settle the case first then the car would free. so, he headache because the money rental gone with that case, in fact he has to be 'penjamin' .huhu..

Thursday, June 18, 2009

Jangan mengeluh........


JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, June 16, 2009

pedoman

esungguhnya Allah sayangkan insan-insan yang mengamalkan perkara ini….

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa ,
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. . .

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

kelebihan Bismillah

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan
di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya. "

8 ) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran,
maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

harapan ayah


semlm ayah balik umah lebih kurang pukul 9 p.m. ayah beritahu mama yg syarikat tpt ayah kerja tu, ada menyediakan simpanan kewangan setiap hari utk kegunaan masa2 terdesak seperti anak nak masuk kolej malah klu tak cukup duit utk keperluan hari raya pun boleh.
ayah rasa happy sbb kitorang ni..manalah ada menyimpan..everything gone end of the month.
so, kalau abang agak cemerlang dlm SPM boleh lah guna duit tu..ayah cakap
harapan ayah semoga pencapaian abang agak bagus...jadi boleh apply mana2 kolej..kalau tak dpt matrik pun..semoga Allah merestuinya..aamiiin
risau jugak sbb anak2 ni belajar mcm main2 je..tak ada tumpuan sgt.

Thursday, June 11, 2009

children...

kat ofis ari ni, tak bz sgt. just prepare drawing to fabricate. hubby called and said he was in kuala kedah. actually he went there to sent tourist from pakistan. Lunch balik umah utk tengok anak2. always remember abang to study more harder coz the SPM is nearly come. don just play around without nothing, ended up wasting time. nowadays, education is very competition and challenging.
make sure you get the good result for brighter future..insyaallah. Also ask adik to study..mama always busy and get tired & lazy etc. furthermore i'm buzy with my baby. ok..my children I hope all of you will success in ur life.

Wednesday, June 10, 2009

balik kampong

kami sekeluarga balik ke kampong pada pagi 8/6/09 hingga 9/6/09..satu malam je
rindu kat opah, atok dan maknyah. opah kurang sihat skit..sakit tangan sbb terjatuh
may be tulang opah retak skit, sbb tu sakitnya lama...ajak opah pegi jumpa doktor tapi opah tak nak sbb takut kena balut nnt susah nak garu gatal..hihihi...kesian opah
sebenarnya, mungkin opah selalu memikirkan anak2 dan cucu2..itulah jadi cm tu
so sorry my mum becoz, we are growing elder and stay a far from you and getting bz with our life
so so sorry my dear mum..we are loving you so so much and always missing you in every minutes time going...huhuhu

Friday, June 5, 2009

sambungan detik bersejarah....

masalah perut tegang dan perit semasa hamil..sebenarnya dia berkaitan ngan umur dan kekerapan hamil..ini doktor yg cakap.
perut yg menegang tu..rasenya mcm sakit & perit di bhg bawab perut..mcm urat2 kat dlm tu menegang..kita fikir mungkin sbb baby movement..maklumlah baby kuat bergerak. perut tu menegang bukan sepanjang masa..kadang2.. dlm sehari mungkin 3@4 kali kena..
especially bila byk bergerak dan kalau baring menelentang. jd kena relax dan jgn bergerak mase kena tu..tunggu dlm 10 minit..dia akan okey. then, terfikir jugak kalau terus kena sakit mcm ni..time deliver nnt mesti teruklah sakitnya. tapi jgn risau ye...masa deliver sakit mcm biase aje :)

malam tu pukul 1.00 malam ...kira dah 9hb. feb. 2009 masuk tidur mcm biase....abang kat sebelah dah lama berdengkur sbb dia ckp penat sgt ari tu...kite tengok tv lah dulu
then..masa nak baring, tiba2 pinggang rase sakit, skit je tapi terus je rase....mcm tu
terus terfikir..eh nak deliver ke ni? rase cuak semacam je..masuk bilik air then ada tanda lendir dah keluar ..itupun skit jugak
beritahu hubby..then he said..ok just pack ur thing and we off to ppum. perasaan mase tu..takut2 skit sbb memikirkan sakit nye dong...huhu
so about 2 a.m kitorang pun keluarlah dari umah..tp sebelum tu kejutkan anak no 1 dulu..beritahu dia mama nak gi hospital ngan ayah..then apa dia cakap..? dia cuma cakap "ayah, jgn lupa tinggalkan duit abang". bertuahnya..tak fikir pun yg mak dia tengah sakit ni..
on the way to ppum, rase sakit tu dlm 15 minit sekali, tp sempat juga hubby berenti tepi jln untuk beli minuman. dia beli milo panas dan nescafe panas..kira satu soranglah...kita minum lah milo kasi tenaga skit. rase takut & panik tu masih menghantui tp buat2 tak tau je lah..cuma zkir dan doa byk2 pada Allah..minta2 dipermudahkan segalanya.
sampai ppum about 2.45 a.m. sunyi je waktu tu..tak ada orang pun..cuma seorang pakcik guard tu yg tunggu..terkebil2 ngan mata mengantuk dia..
pakcik tu just tengok kite...buat tak tau je..kite masa tu tunggu hubby parking kereta...duduk tercongok sorang2 kat situ...agaknya pakcik tu dah biasa tengok orang datang nak bersalin..apa dia boleh buat...buat bodoh je lah
then, kitorang terus ke level 1..wad utk bersalin, perasaan masa tu..suspen, takut, tak yakin mcm2 ..tuhan je lah yang tahu...baby kat dlm perut diam je...tunggu masa nak keluar lah tu..huhu
tapi everything gone ok...my baby was safely delivered on 4.55 a.m on 9/2/09
sakit..ok just a little bit only. masih boleh cakap2 ngan doktor lagi..pastu bby pun lahir
masa 1st time tengok muka baby...syahdu sangat rase..baby pulak pandang muka mak die ..mcm tau je...then nurse letakkan baby kat dada mama...so sweet memory
rase mcm tak percaya, baby dah selamat lahir kat dunia ni...moga dia sihat sempurna
mase nurse tunjuk baby tu, tengok muka die cute je...comel anak aku rupenye
sebenarnya sepanjang hamil memang risau..sll terfikir anak aku ok ke?..sihat tak?
tp alhamdulillah..Allah yg maha berkuasa telah menganugerahkan kami seorang bayi yg sungguh comel dan insya allah cerdik..aamiin
rasenya inilah pengalaman hamil dan bersalin yg paling syahdu mama rase...sbb mama & ayah dah tua...hihihi
akhirnya mama namakan baby..Muhammah Afiq Saifullah (yang terpuji yang mulia pedang allah).

Thursday, June 4, 2009

detik yang amat bersejarah

detik yg amat bersejarah ialah saat melahirkan anak kelima ketika aku berusia hampir 41 tahun.
aku mabuk hamil agak teruk jugaklah. 4 bulan tak boleh makan betul2. terbayang makanan pun dah rase nak muntah..hmm teruk betul lah. masa mabuk teruk tu..asyik beli makanan kedai je lah.
then..bila makanan tu di bawa masuk ke dalam rumah..terus lari masuk bilik..tutup pintu and tutup hidung. bila tengok orang makan pun...terfikir kat otak..kenapa lah diorang ni asyik makan je...busuklah. tapi ada satu je makanan yg boleh masuk...nasi kerabu kakak tepi jalan, dekat ofis. haa...nasi kerabu tu boleh makan pulak. tp cuma gerai kakak tu jelah. jgn beli kat gerai lain..gerenti tak boleh makan punya.....teruk kan. masuk bulan kelima..alhamdulillah boleh makan..tapi rasa loya masih wujud lagi. kalau makanan yg bersantan tu..sori laa, memang tak boleh masuk. suka makan nasi berlaukkan sayur masak air je...atau sayur masak bening. nasib baik boleh minum susu..susu anmum. actually minum susu ni memang sesuai sangat lah untuk ibu hamil. kulit bayi pun cerah. pengalaman hamil ni..walaupun perit sbb tak boleh makan tp seronok. perasaan rase cool je. rase mcm semua orang take care kite. perasaan kasih dan sayang pun macam bertambah erat. selalu je orang bertanya kabar baik saudara mara maupun jiran2.

tibalah saat nak melahirkan anak...
sebelum tu..dalam seminggu nak lahirkan baby..adik2 asyik call tanya dah sakit ke belum..mak di kampong pun sama jugak..ahh ini membuatkan risau ni..sebenar2 nya kite memang risau sbb dah lama tak lahirkan baby..jarak lapan tahun ngan abang die..lama gak tu. peringkat akhir hamil tu..perut meragam skit..selalu rase mcm tegang kat bawah tu..baby pulak memang aktif, setiap hari tendang kiri kanan, mcm main sepak bola la pulak..tp happy sbb itu menandakan baby sihat dan aktif..syukur. then satu lagi..bila perut lapar, die akan terus kicking sampai lah maknya makan..then baru diam..hmm memang baby tak boleh rase lapar sampai lah skg ni.

bersambung....

Tuesday, June 2, 2009

so bz at office today...do both admin and drawing works
finally everything done on time..syukur alhamdulillah
today also my refund fasting day:=)
thinking of my children at home
kesian jugak pada anak2...cuti sekolah tak kemana2 pun
apa boleh buat ayah sibuk... :=(
tp ayah ckp boleh balik kampong nnt..best gak.. semalaman je laa

Monday, June 1, 2009

saturday went to acik house to cheer up the little boy ahmad nashif fatihin on his 4th birthday
mak uda. mak ndak pun ada...and the close neighbour of acik..pak long and maklong went off early and did not come back.....
nashif cut the birthday cake done by his maklong on papa side..maklong miza did the nice chocolate cake....so yummy
all the food were nice like nasi ayam, laksa, kueh and cake...enjoy
mak ndak was very funny with her excited expression..especially when she saw my little boy.
She got called my little one is epol...from saifullah
okey..everything go fine
bye

Saturday, May 30, 2009

celebrate nashif birthday

hari nie ..kat ofis nothing..just wait for my bos coming
end up with boring...hmmm..after work go to acik house to celebrate nashif birthday
dah besar dah nashif..4 tahun..
I take along my kids and bibik axcept angah
angah just like to be around with his friend
abang not yet come back from hostel coz he got camping at hutan comanwel
then he got perkampungan ilmu in his school
may he come back on tuesday evening
now is second term school holiday about 2 weeks
bought some present for nashif just the simple one because mak teh doesn't has chance to shop..
kalau ada rezki..next time ya nashif
missing my little one very much...

Friday, May 29, 2009

Hari akademik


pagi2 lagi dah keluar pegi sekolah untuk sain report kad adik...
keputusan adik sederhana saja..apa boleh buat dia belajar sendiri..tak pegi tusyen pun plus mama pun sibuk hingga tak sempat nak tengok2 kan dia..kena jaga baby lagi..tak pelah
moga adik akan dapat keputusan yg cemerlang dalam UPSR nanti..

tengahari nanti pegi sain report kad boy pulak..

Thursday, May 28, 2009

hari ni keje macam biasa..tapi agak kecewa sbb tak dapat nak selesaikan satu masalah tu...sabar je laa...

yesterday did the chocolate cake for angah..mmm yummy
I also try to make some butter icing...not bad
tunggu angah balik sekolah dan potong kek..simpan sikit untuk bibik siti

actually bibik siti is a nice person...even she may be 'mulut murai' but she good in take care of my baby. my cute Muhammad Afiq Saifullah.

Abang masih kat asrama..tunggu cuti la mamat tu...
Adik and boy ada sambutan hari guru...

Wednesday, May 27, 2009


anak-anak tersayang

actually..I have five kids...but this foto taken something around may '08...he is still in my tummy

Insan-insan tersayang


Angah and boy during our Langkawi trip.

So happy been there.

Selamat Hari Jadi Angah

Happy Birthday to you Angah

Doa mama semoga angah akan menjadi seorang insan yang mulia zahir dan batin, berjaya di dunia dan akhirat..aamiiin

Sejukkan hati angah yang panas tu dengan zikrullah dan selawat ke atas nabi....

Jangan suka gaduh dengan boy dan adik...kesian mereka
oh ya!..today is my second son birthday...happy birthday my dear..hope you'll success in ur life

mama akan terus dan sentiasa menyayangi anak2 walaupun kekadang mama sedih dan kecewa dengan segala yg berlaku..sbb all of u is God special gift.

my first time blogging

hai...sume

first time jadi blogger...
rase excited gak...dapat berkongsi pengalaman di alam maya

semoga semua sihat2 dan gembira selalu