Thursday, July 9, 2009

Afiq genap 5 bulan

Syukur alhamdulillah..hari ni genap umur Afiq 5 bulan. Harapan mama & ayah semoga Afiq terus membesar dengan cukup sempurna dan menjadi orang2 yg alim, berilmu yg dapat mendoakan mama, ayah, atok, opah dan semuanya. Dan buat pertama kalinya..hari ni mama suapkan Afiq makanan iaitu kismis doa yg mama hancurkan sendiri dan nestum beras+soya. Afiq makan..sukanyee dia makan..alhamdulillah. Sekarang Afiq memang dah faham..klu nampak mama jer..tangannya terdepang-depang..nak ikut lah tu. Dia tau maknya nak keluar naik kereta. Itulah dia tunjuk aksi nak ikut tu..tadi masa balik makan tengahari..dia tengok je mama keluar dan jerit..pastu bibik ambil dukung dan hantar mama kat pintu..Afiq tengok dgn penuh excited..sian dia..mama nak keje lah sayang..mana boleh ikut.

No comments:

Post a Comment