Friday, July 3, 2009


Sememangnya menjaga anak2 yg ramai, memang amat mencabar malah memang tertekan, apalagi jika anak2 mempunyai sikap yg negatif. Dalam meniti usia remaja, cabarannya makin menyerlah. Anak2 terpengaruh dgn budaya semasa seperti rakan sekolah, persekitaran dan media. Ini menyebabkan perubahan sikap seperti berbahasa kasar, mencuri, melepak, ego, menconteng, bergaduh, ponteng sekolah dan mcm2 lagi. Mcmana nak mengatasinya? Kita kena baca kerektor anak2. Memang kena pukul jika kesalahannya besar seperti ponteng sekolah atau mencuri. Itu untuk kesalahan pertama kali. Tapi kalau masih berlaku utk kali ke 2, ke 3..apa yg mesti dilakukan? Pukul lagi dan marah lagi...disamping itu cuba kaji diri kita sendiri..mungkin ada ketidakadilan yg berlaku. Cara anak2 memberontak ditunjukkan dgn cara yg negatif.. Mereka mungkin kecil hati dgn ssuatu hal. Mungkin berkehendakkan sesuatu barang tapi tidak diendahkan..mungkin rasa tidak dipedulikan dan lain2 lg. Jadi berikan perhatian, kasih sayang, nasihat, tunjuk ajar dan contoh tauladan yg baik pada mereka. Tapi..jangan sampai mereka naik lemak pulak. Memang susah nak mendidik anak2. Mungkin tidak semua ibubapa la. Ada orang yg anaknya memang baik dan berdisiplin. Nasib masing2 lah. Apa boleh buat. Sesungguhnya dugaan hidup berbagai ragam. Bersabar lah dan berdoalah kepada Allah semoga anak2 kita akan berubah menjadi anak yg baik, soleh dan berilmu. Mendoakan ibu ayahnya.

No comments:

Post a Comment