Wednesday, August 26, 2009

Syukur sebab Afiq tak meragam kat umah pengasuh. Malah dia boleh makan, tidur dan minum susu dengan lebih baik lagi. Anak2 kak esah pun, suka sangat main ngan afiq. Afiq memang suka kalau ada org layan dia. Pagi tadi..masa sahur masakkan bubur nasi utk afiq utk dibawa ke rumah pengasuh. Sampai sana..kak esah beritahu yg dia pun ada masakkan bubur utk afiq. Laa..baik kak esah. Semoga tak ada masalah lepas ni. Harap Afiq selesa di bawah jagaan kak esah. Cuma..kadang2 nampak Afiq macam tercari2 bibik je. Macam dia rindu skit nampaknya. Ye lah 4 bulan bibik jaga dia. Macam tak percaya je bibik boleh tinggalkan afiq macam tu je. Sedangkan dia sayang sangat ngan afiq. Peliknya dia langsung tak talipon beritahu masalah yg dihadapi. Terus tak balik mcm tu je. Tuhan je lah yg tahu apa masalah bibik sebenarnya. Cuma suaminya ada talipon beritau mereka dah cerai. Bibik yg minta cerai katanya.

Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa kepada semua..

Selamat berpuasa kepada semua dan salam kemaafan sekiranya ada tersalah kata tersilap bicara..semoga kita mendapat puasa yg sempurna di sisi Allah. Ramadhan telah pun bermula pada 21/8/2009. Hari ni dah 3 hari kita berpuasa. Bazar ramadhan mula beroperasi termasuklah di kawasan rumah kami. Jadi tak susah utk mencari kuih-muih atau lauk pauk utk berbuka. Cuma sediakan duit je. Aku mcm biasalah..kuih tu beli je sebab tak sempat pun nak buat. Balik keje dah petang dan sibuk ngan anak2 dan rumah. Lauk pun masak ala kadar aje. Tapi anak2 pun makanan dorang simple je tak perlu yg berbagai ragam. Makanan kegemaran dorang spt roti john, roti jala, karipap, ayam goreng. Sekarang ni aku ada masalah lah pulak. Pembantu rumah dah berenti. Tak tau kemana dia menghilang. Kesian kat bebiku. Terpaksalah hantar kat rumah pengasuh. Nasib baik kak Esah ada nak jaga. Dialah yg jaga sekarang. Harap Afiq tak meragam.

Tuesday, August 18, 2009

anak-anak

Yesterday night took the children for dinner at An-nur..haa ini kes sedap makan ngan azmah tu hari lah tu..memang sedap. Lagipun dah lama tak makan kat luar. Saje bagi anak5 seronok skit. Tapi biaselah anak2ku kalau makan kat luar mestilah western food. Apalagi chicken chop lah. Kesian pulak kat Boy sebab mcm dah terberjanji ngan dia.. Dialah org pertama yg siap berpakaian. Tapi okeylah sebab restoran ni mcm2 makanan ada. dari barat sampai ke timur. Rasenya pun sedap. Sampai umah around 10 and semua mcm penat terus tido. Abang masih kurang sihat. Pening kepala katanya. urut je lah. Memang manja skit anak pertama ni. Tapi risau gak sbb dah mc 2 hari. Mungkin dah byk ketinggalan pelajaran skolah. Tahun ni lah tahun penentuan utk masa depan dia. Kalau keputusannya tak bagus..apalah anakku boleh buat. Pelajar2 lain mungkin sibuk ngan study hardnya. Tapi anakku... masih relax jer...mcm tak risau jer..adik pun sama. Kenapa ye..anak2ku malas study? study skit dlm 10 minit tak sampai..dah tutup buku ..main game. Memang tekanan melihatnya. Dah malas nak memaksa sgt...mereka fikirlah sendiri utk kejayaan sendiri.

Monday, August 17, 2009

Afiq 6 months..


emm..today bring Afiq for 6 months normal baby check-up. It was at Klinik Desa. I think..I was the early person to be there but when I was there everything went upside. It was almost people there. So..I have to wait until my turn coming. Just be patient. Afiq already gain weight. Now his weight around 9.4kg and his length around 73 cm. How chubby my baby. everything settled around 10 a.m. So surprise becoz Ani..my neighbour was also there. She took her new born baby girl as normal check-up also. Her baby almost 2 months plus. She told me that the baby always crying and hard to sleep at night. I hope she will be patient to take care of the baby..me too. But the truth is every single baby has different habit or style. Some of them is very easy to take care compare to some others. Rushing home becoz I got to bring my elder son to see the doctor too. He got fever for a few days. Last night he was unwell slept. But I cannot look after becoz my eyes unable to open..boleh gitu..kesian abang. The doctor just asked him to drink much water and take medicine at time. She gave mc for 2 days. Seronoklah abang tak yah gi skolah..2 ari plak tu. At last I have to take half day leave. So my leave..only 3 days left. Keep them for hari raya aidil fitri..coming soon.

Thursday, August 13, 2009

mak and nyah.. dalam kete masa nak balik ke kampong

Selsema bab*....

wabak selsema bab* semakin menular di Malaysia sekarang ni. aduh..risau la pulak terutamanya di sekolah2. Banyak sudah institusi dan sekolah yg terpaksa ditutup atau kuarantin dlm tempoh tertentu utk mengelak jangkitan ini. Apa boleh kita buat. Pertamanya jangan keluar ke tempat awam terutamanya yg ramai orang bersesak. Dan salah satu penawarnya banyakkan minum air jus oren dan makan epal hijau..6 biji sehari. Itu dari pengalaman seorang ibu tentang anaknya yg kena H1N1. Alhamdulillah..anaknya sembuh selepas 4 hari sahaja. Insyaallah. Sesungguhnya di akhir zaman memang terdapat berbagai penyakit pelik yg susah utk diubati. Mungkin terlalu byk dosa seperti membela ba** dan mcm2. Malah dlm makanan proses klu kita tak teliti betul2 terdapat campuran bab*. Ianya dah diolah menjadi bermacam2 nama utk mengelokkan rupa dan rasa makanan tersebut. Hanya Allah yg lebih tahu. Semoga makanan yg kita makan halal. Sebaiknya masaklah makanan sendiri menggunakan buah2an, syur2an, ikan, ayam,daging segar tanpa ada campuran yg berbagai utk masakan kita itu.

Monday, August 10, 2009


Nyah & Afiq

Nyah..kami tau hanya pada kami dan anak2 sajalah tempatmu mencurahkan kasih & sayang. Sesungguhnya masa telah mengasingkan kita dari keakraban kasihsayang adik beradik. Semakin lama kami semakin sibuk dengan keluarga sendiri. Sedangkan kau masih lagi hidup bersama ayah dan mak dengan melalui segala pahit manis hidup bersama 2 insan tersayang itu. Kau amat bertanggungjawab menjaga dan memberi perhatian pada ayah dan mak. Kami di sini sibuk dengan urusan anak2 dan kerjaya masing2. Bila rindu membendung didada sekali sekala kau datang menjenguk kami walaupun dirimu tidaklah terlalu gagah untuk memandu sejauh itu. Melihat kami mungkin dapat mengubat kesepian hatimu.Anak2 buah merupakan penghibur hati. Tapi, maafkan kami kerana kadang2 terjadi sesuatu yg boleh mengecewakan mu. Bukannya kami sengaja. Tetapi itulah suratan..

Wednesday, August 5, 2009

malam nisfu syaaban

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari
Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 5hb August, 2009
(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini
untuk
menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan
seterusnya
berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan
yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan
bermula
sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14
hb
sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah
&
surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas
3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam
= 5 August 2009)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk
beribadat
kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk
beribadat
kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam &
mati di
dalam
iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban
sebanyak
22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah
haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi
Allah
Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) :
pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia
lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan
semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau
orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu
sya'aban

kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya
kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam





Tuesday, August 4, 2009

kenduri kat Johor......

mak & ayah pengantin

pintu gerbang

Akhirnya sampai jugak aku kat Kluang, Johor. Sebenarnya kenduri ni atas jemputan kawan bos. Dia orang penting JPH Kluang. Kendurinya buat kat rumah kuaters je. Tapi halaman rumahnya luas..jadi dorang pasang kemah besar2. Memang agak hebat jugaklah. Ini kenduri anak pertamanya..perempuan. Tapi ku tak sempat tengok pengantin pun. kesian kat bebiku yg dah ngantuk dan lapar. Makananya okeylah..ada rendang daging, kari daging, tumis nenas, dalca, ayam goreng, ulam-ulaman, kueh-mueh dan berbagai jenis minuman dari yg panas hingga yg sejuk. Pilih mana yg berkenan. Hidangan style bufet hotel. Bos lah katakan..meja, kerusi dan pinggan mangkuk semuanya cantik2. Hmm..aku dok semeja ngan bos & isterinya. Bos ku & isterinya memang baik. Malah mereka sanggup carry afiq. Ohh..ini anak yg latest tu ye. The first question he had asked when he saw my baby. Bini bos pun masih cantik walaupun umurnya dah 50+. She is so nice. She just sat beside me & we got chat each other like close friend. Suamiku borak jugak ngan bos & wife nya. Dia mcm segan skit sbb tak pernah jumpa dorang. Ku makan skit je sbb perut mcm kenyang je. Adik & Boy pun makan skit je. kitorang sampai kat umah about 7 p.m. On the way balik singgah jugak kat perhentian untuk hilang ngantuk & letih memandu. Kitorang ada singgah kay shalala cafe. aku & hubby minum ice coffee. Boy & kakak minum ice chocolate. Beli jagung segar 5 tongkol. Balik rebus sbb angah suka.