Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa kepada semua..

Selamat berpuasa kepada semua dan salam kemaafan sekiranya ada tersalah kata tersilap bicara..semoga kita mendapat puasa yg sempurna di sisi Allah. Ramadhan telah pun bermula pada 21/8/2009. Hari ni dah 3 hari kita berpuasa. Bazar ramadhan mula beroperasi termasuklah di kawasan rumah kami. Jadi tak susah utk mencari kuih-muih atau lauk pauk utk berbuka. Cuma sediakan duit je. Aku mcm biasalah..kuih tu beli je sebab tak sempat pun nak buat. Balik keje dah petang dan sibuk ngan anak2 dan rumah. Lauk pun masak ala kadar aje. Tapi anak2 pun makanan dorang simple je tak perlu yg berbagai ragam. Makanan kegemaran dorang spt roti john, roti jala, karipap, ayam goreng. Sekarang ni aku ada masalah lah pulak. Pembantu rumah dah berenti. Tak tau kemana dia menghilang. Kesian kat bebiku. Terpaksalah hantar kat rumah pengasuh. Nasib baik kak Esah ada nak jaga. Dialah yg jaga sekarang. Harap Afiq tak meragam.

No comments:

Post a Comment