Monday, August 10, 2009


Nyah & Afiq

Nyah..kami tau hanya pada kami dan anak2 sajalah tempatmu mencurahkan kasih & sayang. Sesungguhnya masa telah mengasingkan kita dari keakraban kasihsayang adik beradik. Semakin lama kami semakin sibuk dengan keluarga sendiri. Sedangkan kau masih lagi hidup bersama ayah dan mak dengan melalui segala pahit manis hidup bersama 2 insan tersayang itu. Kau amat bertanggungjawab menjaga dan memberi perhatian pada ayah dan mak. Kami di sini sibuk dengan urusan anak2 dan kerjaya masing2. Bila rindu membendung didada sekali sekala kau datang menjenguk kami walaupun dirimu tidaklah terlalu gagah untuk memandu sejauh itu. Melihat kami mungkin dapat mengubat kesepian hatimu.Anak2 buah merupakan penghibur hati. Tapi, maafkan kami kerana kadang2 terjadi sesuatu yg boleh mengecewakan mu. Bukannya kami sengaja. Tetapi itulah suratan..

No comments:

Post a Comment