Friday, July 31, 2009

anak-anak tak sihat..

alhamdulillah...Boy & Adik dah baik demam. tinggal batuk skit2 lagi je. Afiq pun terjangkit juga demam rupa2nya. Tak tido satu malam. Dia asyik merengek. Sib baik ayahnya ada kat rumah malam tu. Dapatlah jugak tolong skit2. Early morning took him to see the doctor. Alhamdulilah..skg dia dah ceria balik. Kalau tak moyok mukanya. Senyum pun tak nak. Then..angah pun demam jugak. Bersilih ganti anak2ku demam. But according to the check-up, doctor suspect denggi plak. aduhh..harap2 bukan lah. semoga Allah melindungi anak2 dari penyakit yg merbahaya @ besar. Ya Allah lindungilah kami dari penyakit2 yang besar. Aamiiin.

Wednesday, July 29, 2009

Foto terbaru Afiq..umur 5 bulan lebih...

Afiq meniarap...

Afiq senyum...

Afiq malas
emm..semalam memang sibuk dengan adik yg demam, boy yg baru baik demam dan afiq yg ngacau. kelakarnya afiq. sekarang dah pandai guling2 dan pusing2 kesana kemari. kalau letak atas tilam memang berdebuk jatuh lah jawapnya. jadi di pinggir tilam tu mesti letak pulak bantal2 besar @ sofa supaya afiq tak berdebuk. tapi kalau jatuh pun dia gelak je. seronok agaknya. puting kosong pun dia dah pandai masukkan sendiri. bila puting tu jatuh..dia pusing2 cari sampai dapat pastu bawa masuk ke mulut...

Tuesday, July 28, 2009

sakit.

uuhhh..SKSB di tutup seminggu due to H1N1. alamak..risau la pulak. Harap2 semuanya baik2 je. So adik dan boy cuti skg ni. Asalnya kelas 5 Lotus je yg kena kuarantin. Tp disbbkan dah merebak, semua kena cuti la. Risau la pulak sebab skg ni boy demam, batuk & selsema. Dia juga mengadu sakit kepala. Tapi balik lunch tadi, boy dah okey. Kakak dia pulak yg demam dan batuk. Suruh adik makan obat boy dulu. tengok mcmana. Harap2 tak ada masalah besar. Semoga adik cepat sembuh. semalam bibik pun cuti sbb sakit tangan. tangannya tak boleh angkat. Tp hari ni dah okey. Syukur alhamdulillah. Kalau tak memang masalah lah aku nak keje. Semalam, hubby pun sakit tangan sampai tak boleh angkat. Dia cakap mungkin angkat beg2 arab yg berat2 tu. Memang urat tangan tu dah rasa lain macam. Jadi bila angkat benda berat bertambah teruk lah jadinya. Sabar je lah. Semoga semuanya akan sihat2 balik. aamiin.

Thursday, July 23, 2009

mak tersayang..

mak dan ayah tersayang

sekarang ni musim buah2an. Di pinggir jalan byk gerai2 buah, malah longgokkan buah boleh didapati. rambutan, dokong, durian, manggis, langsat dan mangga adalah buah2 an utama dan paling banyak. harga pun amat berpatutan. di kampong memang pusatnya lah. mak sll pesan suruh balik ambik buah. memang teringin sgt nak balik ambik buah tp mcmana? suamiku sememangnya amat sibuk. dia nak jaga pelanggannya. klu dorang dah tempah..mcmanalah dia nak lupakan plak. dia terpaksa angkut dorang gak. klu ku nak balik sendiri..susah plak ngan afiq. lgpun ku tak berani nak drive sendiri2. kampongku amatlah jauh. 2 mlm lepas, cikmah ada singgah bagi rambutan dan tempoyak yg mak kirimkan. memang teringin sgt dengan tempoyak. nasib baik bonda tersayang sentiasa mengingati anakmu ini. dikirimnya sebalang tempoyak. mak..I miss and love, love you very, very much. mak..you always fulfil my desire...

Monday, July 20, 2009

Afiq normal check-up

Hari ni bawa Afiq ke klinik desa as normal baby checkup. Sampai around 8.20. Dapat no giliran 38. ok lah tu..tak lama sangat nunggu. Ramai jugak orang ari ni. Kaum ibu & ada jugak kaum bapa yg menemani bersama baby masing2. Tersenyum nengok. Ye lah ada yang baby nya tido, meragam & ada yg cool je. Ade jugak yg abang2 dan kakak2nya yg masih kecil lagi mengikut. Kesian tengok maknya nak kena layan mcm2 kerenah. Nasib baik ku ada bibik. Dia lah yg nak memegang baby. Sampai org tanya ini anak awak ke? Tp kenapa hari ni, nurse yg inject tu semacam je mukanya. Sebelum masok inject, Afiq tertido, sampai lah masa injection. Dia terus je inject sampai terkejut budak tu. Kesian anakku. Tak pelah sayang..biarlah mereka dgn ke eogaan mereka. Memang kadang2 perangai nurse lain mcm skit. Ikut angin dorang je. Anak kecik yg tak bersalah jd mangsa plak. Timbang berat badan Afiq hari ni lebihkurang 8.5kg. Skit je naiknya berbanding bulan lepas. Kenapa ye? tp perasan jugak, kadang2 Afiq tak nak menyusu, maksudnya susu botol. Kalau susu ibu..ok je. Atau mungkin dah byk bergerak..jd beratnya lambat naik kot. Beratnya dah masuk ke tahap normal balik. Ituhari dah hampir obes.

Wednesday, July 15, 2009

kesibukkan ku

aku yg sentiasa sibuk..foto d'langkawi 2008

adoi..hari ni dah 15hb..tp gaji belum dpt lg..projek tu ad tp paymen belum masuk. Bila masuk byk..bos bayar utang supplier..itu yg tak berduit tu..hmm syarikat kecik.sabar je lah. Nak keje pun dah malas jadinya. sib baik suamiku keje mcm tu..adalah duit buat belanja & bayar bil2 tu dulu. Nak cari keje lain bkan senang skg ni...lagipun tak nak keje yg jauh dari umah. Susah nnt sbb Afiq pun masih kecil..bisanya tghari mesti balik umah kasi dia susu cap gantung. Klu keje jauh susah lah pulak. Lagipun dah umur mcm ni..sapa nak ambik. dorang mesti nak ambik org2 muda..lebih berkualiti. Pagi tadi terlewat bangun, maklumlah tido sllu kena kacau ngan afiq..tak sempat nak kejut adik pegi skolah..akhirnya tertinggal van..budak2 ni pun klu tak dikejutkan..tak seklahlah jawapnya. Lagi semalm adik kena marah..sbb asyik bergaduh ngan boy..terus dia merajuk masuk bilik, tak makan ..terus tido sampai pagi. Mcmana tak marah klu dah kasar sgt caranya ngan boy tu. Pelik betul semakin besar, semakin kasar si adik ni..lagak2 samseng gitu..ya Allah berilah aku kekuatan & kesabaran untuk mendidik anak2 ku ini ya Allah. Semoga mereka akan sedar dan menjadi anak yg baik. Itulah harapan mama pada korang...anak2. Jangan lah terus terpengaruh dengan budaya2 negatif ni. Sakit jiwa mama memikirkannya. ok..lepas hantar adik tadi..hantar angah pulak ke SMK Kota Damansars. Dia ckp nak buat folio civik ngan kawan2 kat sekolah. Jadi terus pegi hantar dia & pastikan betul2 dia masuk kesekolah. sebelum tu tanya dulu..betul ke angah nak buat folio..dia ckp betul sbb folio ni penting..periksa beg dia..complete ada semuanya..buku2. TApi kesian kat afiq sbb abg boy ribakan dia..nangis dia tengok mama tgh driving + mata dia pun dah ngantuk. on the way balik umah terus singgah ambik bibik siti. Pastu singgah kedai beli ikan & sayur. naik jugak ke rumah sbb nak tukar tudung, maklumlah pakai tudung tak bergosok tadi. Cuma tak sempat nak mandi je..tak per lah..bukan org nak cium pun..dah tak sempat..balik tghari nnt barulah mandi..
itulah kisah di pagi 15hb. setiap hari mama mcm terkejar2 je nak siapkan umah dan anak2. nak pastikan semuanya terurus. penatlah jugak..tp tak pelah asalkan mereka terjaga..

Tuesday, July 14, 2009

abang yg saja2 buat2 poyo...langkawi 2008

ayah & anak2 kat langkawi..2008


angah, aan, boy & adik..kg 2009

Bos invited us to wedding ceremony on his good friend encik malik (org JPH, Kluang Johor)...dah cakap ngan en. suami tapi dia tak nak pegi. pastu bos suruh pujuk.. then pujuk lah..ok lah dia setuju. Bos siap reserve hotel for us. so, may be kitorang pegi kluang lah 1hb. nanti. eemm best gak.
never been to johor. dpt jugak tengok tempat org nnti..insyaallah..tp kena belanja skit sbb afiq kena beli baju baru gak.bajunya semua dah lusuh&kecil skit dah. hari2 pakai..yg lain2 tu pakai baju lama je lah..duit pun takde nak beli baru..huhu kesian nya.

lagi2 Afiq

Friday, July 10, 2009

AFIQ & BIBIK SITI

Afiq ( nearest to 5 months)


Afiq & Bibik Siti (tengok bedak kat kening dia)

Thursday, July 9, 2009

Afiq genap 5 bulan

Syukur alhamdulillah..hari ni genap umur Afiq 5 bulan. Harapan mama & ayah semoga Afiq terus membesar dengan cukup sempurna dan menjadi orang2 yg alim, berilmu yg dapat mendoakan mama, ayah, atok, opah dan semuanya. Dan buat pertama kalinya..hari ni mama suapkan Afiq makanan iaitu kismis doa yg mama hancurkan sendiri dan nestum beras+soya. Afiq makan..sukanyee dia makan..alhamdulillah. Sekarang Afiq memang dah faham..klu nampak mama jer..tangannya terdepang-depang..nak ikut lah tu. Dia tau maknya nak keluar naik kereta. Itulah dia tunjuk aksi nak ikut tu..tadi masa balik makan tengahari..dia tengok je mama keluar dan jerit..pastu bibik ambil dukung dan hantar mama kat pintu..Afiq tengok dgn penuh excited..sian dia..mama nak keje lah sayang..mana boleh ikut.

Saturday, July 4, 2009

nothing much work today..just search you tube for 'micheal jackson is dead'. Minat jugak ngan lagu2 thriller dia. tapi sehebat-hebat manusia akan pegi mengadap Allah jugak. Dia sajalah YAng Maha Kekal. Harap MJ is muslim. Sbb dengar cerita dia converted in nov 08. sedey gak :(

Friday, July 3, 2009


Sememangnya menjaga anak2 yg ramai, memang amat mencabar malah memang tertekan, apalagi jika anak2 mempunyai sikap yg negatif. Dalam meniti usia remaja, cabarannya makin menyerlah. Anak2 terpengaruh dgn budaya semasa seperti rakan sekolah, persekitaran dan media. Ini menyebabkan perubahan sikap seperti berbahasa kasar, mencuri, melepak, ego, menconteng, bergaduh, ponteng sekolah dan mcm2 lagi. Mcmana nak mengatasinya? Kita kena baca kerektor anak2. Memang kena pukul jika kesalahannya besar seperti ponteng sekolah atau mencuri. Itu untuk kesalahan pertama kali. Tapi kalau masih berlaku utk kali ke 2, ke 3..apa yg mesti dilakukan? Pukul lagi dan marah lagi...disamping itu cuba kaji diri kita sendiri..mungkin ada ketidakadilan yg berlaku. Cara anak2 memberontak ditunjukkan dgn cara yg negatif.. Mereka mungkin kecil hati dgn ssuatu hal. Mungkin berkehendakkan sesuatu barang tapi tidak diendahkan..mungkin rasa tidak dipedulikan dan lain2 lg. Jadi berikan perhatian, kasih sayang, nasihat, tunjuk ajar dan contoh tauladan yg baik pada mereka. Tapi..jangan sampai mereka naik lemak pulak. Memang susah nak mendidik anak2. Mungkin tidak semua ibubapa la. Ada orang yg anaknya memang baik dan berdisiplin. Nasib masing2 lah. Apa boleh buat. Sesungguhnya dugaan hidup berbagai ragam. Bersabar lah dan berdoalah kepada Allah semoga anak2 kita akan berubah menjadi anak yg baik, soleh dan berilmu. Mendoakan ibu ayahnya.

Thursday, July 2, 2009

cuci mata jap...

abang & angah during Penang trip on 2006


abang & angah..foto 2008..Langkawi
letihnye hari nie..tiap malam tidur agak lewat..lebih kurang pukul 12.00. Afiq kadang2 meragam.
Mungkin perutnya kurang selesa..maklumlah maknya makan macam2..and suka minum kopi..byk angin. Yesterday night, bibik tido kat umah sbb nak buat kueh utk kenduri kat kongsi. Siap masak semua dlm pukul 12.30 mlm. Sambil2 tu sempat layan tv3..jangan tido lagi...tetamunya ella. She looks good even the age quite old..almost 43 yrs. Still mantain the manja2 act..emmm. Esoknya pukul 5 pagi dah bangun..after ayah off to work, slightly clean-up the house and get rest before off to office. Afiq masih belum bangun lagi..sedap dia tido..