Wednesday, September 9, 2009

Adik periksa UPSR

Maka bermulalah penantian selama ini iaitu UPSR atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Bermula dari 8/9/09 sehingga 10/9/09. Kertas pembukaan adalah BM pemahaman dan penulisan diikuti matematik kertas 2. Persediaan adik mcmana?...ermm biasa2 aje. Tidak ada yang lebih2. Sehari sebelum periksa adik cuma relex, tido & tengok tv. Mama jer yg sibuk suruh buat ulangkaji. Adik buat dek..je. Then..angah plak kacau daun sampai gaduh..langsung tak de lah. Tapi tak pe lah..mudah2an dia dapat menjawab dengan mudah. Hanya doa sajalah yg dapat mama berikan..sbb anak2 memang tak boleh dipaksa. Semalam terus call adik dari ofis..tanya mcmana..boleh jawap ke tak? dia ckp boleh laa..ada dua tiga soalan susah skit utk mats. HAri ni kertas matematik 1 pulak. Entahlah mcmana. Harap2 dia masih boleh memberi jawapan yg betul2 semuanya. Ermm..harapan lagi..eehh ari ni dah 19 hari kita puasa ya..insyaallah.

No comments:

Post a Comment