Tuesday, October 13, 2009

abang....

Tak lama lagi peperiksaan SPM akan bermula. Abang cakap 14/11/09. Rasanya persediaan anakku ala kadar je. Kalau balik rumah tu, dia sibuk ngan aktiviti wakil rakyat nye saja. Malah hari2 biasa pun dia balik..bukannya nak tinggal betul2 kat asrama. Sampaikan ayahnya marah. Kita masukkan dia ke asrama supaya dia boleh study betul2. Maklumlah kat rumah ni banyak gangguan. Adik2 ramai. Ada yang suka bergaduh..ada yang menangis ..jadi tumpuan hilang.sebab tu mama suruh abang duk asrama. Tapi dia asyik balik jer...alasannya rindu kat mama. Tapi alasan lainnya..duit...dia tak suka makanan asrama. mana pernah dia makan lauk ikan, sotong semenye tu. Dia cuma makan ayam. Jadi bila tak suka, dia beli makanan di kantin seperti nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, kue karipap. Malah..makan kat luar tu..biasalah. Itulah duit cepat habis. Belum masuk topap lagi..walaupun abang kurang study, mama tetap berharap abang akan berjaya..sebab abang sebagai contoh utk adik2.

No comments:

Post a Comment