Friday, October 1, 2010

cerita raya serba sikit..

Salam Aidil Fitri untuk semua...memang terlambat sangat update blog ni...takde sape pun nak baca..kan..tak pelah..whatever je lah..hari ni dah berapa syawal kan..tapi masih lagi mood raya..untuk orang2 KL ni laa..sebab apa..kebanyakan orang2 di sini adalah perantau2 dari desa dari seluruh pelusok tanahair. Jadi selepas beraya di kampong maka beraya di sinilah pulak. masih ramai yang buat 'open house' lagi. Jadi sesiapa yang kena jemput bolehlah datang meraikan bersama-sama..seronok kan..dapat jumpa kawan atau saudara mara sambil makan2 dan borak2.

Cerita raya kami macam biasalah. setiap tahun memang aku dan anak2 balik beraya di kampong. kampong mana tu...adalah. special sikit tahun ni sebab anak sulongku (abang) dah ada lesen. jadi dialah yang pandu. mama kat sebelah je pegang afiq yang tak boleh duduk diam tu.penat memang penat tapi seronok. kami bertolak balik dah petang sebab masih shopping on the way nak balik tu. Jadinya buka puasa dalam keretalah. budak2 suka kfc. jadi beli kfc & bila sampai waktu berbuka, berenti kat tpt rehat..cari paking and makan.. best kan!

sampai kampong dah malam. besokya sempat lah lagi berpuasa di kampong ngan ayah dan mak. seronok sangat. petang tu macam biasalah..mak mesti buat lemang. tolong mana yang patut. masak rendang segala macam. buat kek 2 biji due tu maknyah tak banyak buat kueh raya. jadi, tambahlah mana yang patut. memang seronok berhari raya di kampong. kalau tak balik memang nangis laa jawapnya...

No comments:

Post a Comment