Tuesday, October 26, 2010

Sedihnya...

Bila aku baca berita ni rasa sedih...ye lah umur baru 12thn tapi dia dah pandai melakukan maksiat..yg bermain difikiran ialah siapa ayah ibunya dan adakah mereka tahu apa yg anaknya telah lakukan? malah pada hari anaknya jatuh dan meninggal itu , adakah ayah dan ibunya tahu?
semestinya mereka amat terkejut dan amat bersedih.....anak yg telah dijaga dgn penuh kasih dan sayang sejak lahir, baby & kanak2 telah pergi mengadap ilahi dlm keadaan yg amat tragis. Ya Allah semoga Kau ampuni dosa budak tu...aku teringat anak2ku sendiri. Aku mempunyai anak2 yg sedang meningkat remaja. memang mencabar emosi dlm mendidik mereka. tabahkanlah hati dan terus berdoa pada Allah agar anak2 kita dijauhi dari melakukan dosa2 besar seperti minum arak..zina dan perkara2 yg mendekati kepadanya...tolong Ya Allah jauhilah anak2 kami..dari melakukan perbuatan2 yg mungkar itu..kami tak berdaya ya Allah..


PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.

Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.

Menurut mereka, remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.

“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.

“Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.








No comments:

Post a Comment